Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul penutupbakul penutupKesenianTiadaBakul yang digunakan sebagai penutup bakul yang lain.
bakul sandikbakul sandikKesenianTiadaBakul angkut yang bertangkai yang dibawa dengan menyandangkan pada sebelah bakul sahaja.
bakulbakulKesenianTiadaAnyaman tiga dimensi daripada rotan, mengkuang, buluh, palma, kulit kayu dan lain-lain, pelbagai bentuk, berfungsi sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menakung, menyukat, menapis dan sebagainya.
bakul lengkungbakul lengkungKesenianTiadaBakul kandung daripada buluh, berbentuk cekung, beranyam rapat, berbingkai yang beranyam tulang belut dan digunakan untuk mengisi padi, beras dan sebagainya.
bakul alasbakul alasKesenianTiadaBakul yang digunakan sebagai alas bagi barang lain.
bakul aminbakul aminKesenianTiadaBakul angkut yang dibawa dengan cara menyangkutkannya di kepala dan kedua-dua belah bahu.
bakul angkutbakul angkutKesenianTiadaBakul yang digunakan untuk mengangkat bebanan.
bakul berkakibakul berkakiKesenianTiadaBakul kandung berkaki daripada buluh, beranyam rapat dari tapak ke atas, berbucu empat, bertiang buluh sebagai kaki, mulut yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu, dan digunakan untuk mengisi beras atau padi.
bakul bimbitbakul bimbitKesenianTiadaBakul angkut bertangkai yang dijinjing.
bakul gantungbakul gantungKesenianTiadaBakul yang digantung pada tiang dan sebagainya secara tetap sifatnya.
12345678910...

Kembali ke atas