Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasukan (biasanya pasukan tentera); ~ bantuan pasukan yg didatangkan utk membantu; ~ keselamatan Id badan yg dibentuk berupa ketenteraan gunanya utk menyelamatkan orang yg berdosa (Kristian); ~ seribu sl sj mantera; ~ tentera segenap pasukan tentera dgn alat senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kejadian buruk yg menimpa diri seseorang (spt kemalangan dsb) atau sesuatu tempat (spt gempa bumi, banjir besar, kemarau, dsb), bencana, malapetaka: banjir besar yg melanda bandar raya itu merupakan ~ kpd penduduk di kawasan itu; (doa, mandi, kenduri) tolak ~ (doa, mandi, kenduri) yg dilakukan utk menghindarkan diri drpd ditimpa bala; ~ lalu dibawa singgah prb dgn sengaja mencari kesusahan dll; bahala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), asam nyamuk, petala bumi, Santaloides floridum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan orang, tentera atau pasukan lain: ~ tentera pasukan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bencana atau kemalangan yg menimpa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bala

Puisi
 

Pergi ke laut lalu menjala,
     Dapat banyak ikan cencaru;
Minta jauh segala bala,
     Minta selamat pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan 'bala cara' sebab perkataan ini terdapat di batu bersurat Terengganu. Adakah perkataan ini sudah tidak digunakan lagi atau ianya tidak tersedia lagi di Kamus Dewan? Terima kasih DBP

Perkataan “balacara” merupakan perkataan arkaik (tidak digunakan lagi) yang berasal daripada bahasa Sanskrit membawa maksud “perzinaan” atau “berzina”. Sila rujuk buku Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu – Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?- Ahmat Adam.

Makna04.03.2022
apakah maksud malapetaka,bala?Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat.Makna19.01.2008
Sila nyatakan cara penggunaan tanda bacaan yang betul pada ayat di bawah: Fahmi Karim dan Bala membersihkan makmal komputer Sila terangkan berkenaan penggunaan tanda bacaan koma. Saya diajar bahawa tiada tanda koma sebelum kata hubung dan. Adakah apa yang kami pelajari itu betul? Bilakah tanda koma digunakan sebelum kata hubung dan? Bilakah ianya tidak digunakan? Sejak bila ada perubahan pada penggunaan tanda baca tersebut?

Penggunaan tanda koma (,) dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut Fahmi, Karim dan Bala membersihkan makmal komputer.

Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam dan udang di pasar. Tanda koma (,) tidak perlu diletakkan sebelum "dan".

Penggunaan koma (,) sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan dari jenis yang sama atau kategori yang berbeza, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sayur, dan buah-buahan di pasar.

Tatabahasa24.03.2011
Apakah padanan yang paling sesuai untuk “Salvation Army” dalam bahasa Melayu? Sama ada Angkatan Takhlisan atau Bala Keselamatan? Contoh konteks ayat “AND WHEREAS the said Religious Society or Organisation has since been and is now known as The Salvation Army and the General Superintendent thereof has since been and is now known as The General of the Salvation Army:”. Mohon pandangan tuan/puan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Salvation Army ialah Angkatan Takhlisan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.11.2023
maksud perkataan rakanMakna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus DWan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.Makna26.08.2007
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan.

Manakala kampung pula bermaksud  kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;  2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu;

Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan.
Tatabahasa16.10.2013
1.apakah wujud perkataan mehnah dan tribulasi dalam bahasa melayu,kerana saya tidak mendapati maksudnya didalam kamus dewan.terima kasih 2.Bagaimana nak mendapatkan perkataan2 berbunga2 untuk penulisan cerpen atau novel1. Perkataan mehnah dan tribulasi tiada terdapat dalam daftar Kamus Dewan. Perkataan mehnah adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/bala/kesusahan. Perkataan tribulasi pula, dalam daftar Kamus Inggeris Melayu Dewan iaitu tribulation bermaksud kesengsaraan. 2. Bagi mendapatkan perkataan berbunga-bunga dalam penulisan cerpen dan novel, saudara perlulah banyak membaca dan membuat kajian. Antara buku/karya yang sdr. boleh baca (tentang gaya bahasa) ialah karya Anwar Ridhwan, Azmah Nordin, Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain.Lain-lain10.12.2007
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
adakah bapa membeli sebuah kereta baru betul? Terdapat guru sekolah yang mengatakan bahawa kereta baru salah perlu digantikan dengan kereta baharu, tetapi saya merujuk kamu dewan dan ia menyatakan bahawa baru merujuk belum dipakai lagi. oleh itu, saya amat keliru bahawa kereta baru betul atau tidakTerdapat pegangan yang kata "baru" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "just" dan kata "baharu" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "new". Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga juga mengkategorikan kata "baharu" sebagai kata adjektif dan kata "baru" sebagai kata bantu aspek. Hal ini telah menjadi panduan kepada sistem pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu di negara ini.

Hal tersebut berbeza dengan konsep perkamusan/leksikografi. Kamus ialah perakam penggunaan kata dan maknanya dalam sesuatu masyarakat. Penggunaan sesuatu kata, khususnya yang difahami oleh penutur jatinya, tidak boleh dinafikan. Dalam hal ini, kata "baharu" dan "baru" dapat dibezakan maknanya hanya dalam konteks penggunaan/ayat. Hal ini tidak menjadi masalah kepada penutur asli bahasa ini.
Hal yang sama berlaku kepada kata lain seperti sahaja/saja, sahaya/saya, bahala/bala dsb.

Jadi kesimpulannya, untuk mendapat markah di sekolah, ikutlah panduan/peraturan/pengajaran di sekolah.

Contoh ayat yang betul:

1. Ayah membeli sebuah kereta baharu.

2. Nenek baru sampai dari kampung.


Makna11.05.2023
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013

Kembali ke atas