Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong;membalak menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dll);terbalak-balak Pr terapung-apung (di atas air);pembalakan kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu;pembalak orang yg mengusahakan pembalakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg telah dipotong dahan-dahan serta perdunya; batang kayu yg besar. membalak bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. pembalakan usaha atau kerja-kerja membalak. pembalak orang yg kerjanya membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balak

Peribahasa

Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara).

Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini.

Makna15.06.2010
Assalamualaikum, Merujuk kepada jawapan yang tuan berikan terhadap pertanyaan saya bagi maksud "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Bolehkah saya simpulkan seperti di bawah? i) "Engineered timber" = balak tereka bentuk ii) "Mass engineered timber" = balak besar tereka bentuk iii) "Engineered wood" = kayu tereka bentuk Sekain, terima kasih.Cadangan kami:
i.  engineered timber - kayu balak tereka bentuk
ii. engineered wood - kayu tereka bentuk
iii. mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk
Istilah24.01.2019
Assalamualaikum tuan, Saya ingin dapatkan terjemahan untuk "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Sekian, terima kasih.Padanan "engineered" dalam Bahasa Melayu ialah tereka bentuk. Melalui carian di internet "engineered timber" khusus kepada kayu daripada sumber balak, manakala "engineered wood" boleh terhasil daripada pelbagai jenis kayu termasuk balak. "Mass timber" (mass engineered timber) ialah produk kayu yang distruktur dengan lebih baik. Belum ada padangan ketiga-tiga perkataan ini dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami, "engineered timber - kayu balak tereka bentuk", "engineered wood - kayu tereka bentuk" dan "mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk", sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannyaPenyemakan dan penterjemahan21.01.2019
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi perkataan "timberland", yang merujuk kawasan hutan yang diuruskan bagi sumber kayu balak. Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "timberland" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan maksud yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kawasan kayu balak.Istilah18.04.2014
Adakah perkataan pencapjarian? Contoh ayat seperti berikut: "Yang pertama menggunakan pencapjarian DNA untuk pengesanan balak pada tahun 2009"Boleh dibentuk perkataan tersebut daripada kata dasar cap jari menerima apitan peN-...-an menjadi pengecapjarian (bukan pencapjarian), iaitu perihal /proses mengecap jari. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam pangkalan data kami.Tatabahasa19.07.2012
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah?Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
Hartanah juga bermaksud harta tanah.
 

Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain08.08.2022
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima?Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan.Tatabahasa25.10.2017
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"?

Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud  bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan.    

Istilah24.10.2011
12

Kembali ke atas