Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong;membalak menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dll);terbalak-balak Pr terapung-apung (di atas air);pembalakan kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu;pembalak orang yg mengusahakan pembalakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg telah dipotong dahan-dahan serta perdunya; batang kayu yg besar. membalak bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. pembalakan usaha atau kerja-kerja membalak. pembalak orang yg kerjanya membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balak

Peribahasa

Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGGOLEK BALAK

Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an

di kem balak di Kanada dan di utara Amerika

Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir

“menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu

dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka

mengadakan pertandingan untuk mendapatkan

pada setiap bahagian hujung kayu balak yang

terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan

begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau

mengundurkan pergerakannya dengan cepat

sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air.

UMUM 
PONDOK BALAK

Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman

terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di

Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat

berlindung kepada manusia yang tinggal di

kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan.

Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan

nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup.

Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah

lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson,

James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan

James Garfield dengan bangganya mengaku

dilahirkan di petempatan seperti ini.

UMUM 
SERAYAPokok balak yang sangat besar dan bernilai tinggiPERTANIANFlora dan Fauna
SUNGAI MADEIRA

Sungai Madeira ialah cabang terbesar Sungai

Amazon dan merupakan laluan perdagangan yang

penting di Amerika Selatan. Madeira ialah perkataan

Portugis yang bermakna kayu atau balak. Sungai itu

dinamakan sedemikian kerana sungai ini terlalu

banyak menghanyutkan kayu.

UMUM 
SWEDEN

Sweden ialah negara industri yang makmur di

utara Eropah. Penduduk Sweden telah

membangunkan industri yang benar-benar berjaya

berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting

negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih

kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi

yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air.

UMUM 
JELUTUNG

Jelutung, pokok balak jenis separa desidus. Nama saintifiknya ialah Dyera costulata daripada famili Apocynaceae.

PERTANIANFlora dan Fauna
KERUING

Keruing, sejenis pokok balak yang penting di Malaysia dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana berat.

PERTANIANFlora dan Fauna
JATI

Jati, salah satu pokok balak yang terkenal di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Tectona grandis daripada famili Verbenaceae.

PERTANIANFlora dan Fauna
PEMBALAKANAktiviti menebang dan memotong pokok, menarik kayu balak di kawasan hutan.PERTANIANKonsep
TELUK PLENTY

Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai

tengah utara Pulau Selatan di New Zealand.

Daratan yang bersempadan dengan teluk ini

membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara

gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan

meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama

kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan

pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di

penara. Bandar utamanya ialah Tauranga.

UMUM 
12

Kembali ke atas