cribbing | anduh balak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1.Rakit balak, sebahagian daripada rakit balak, atau bum kayu balak. 2. Kayu balak pendek yang digunakan untuk membuat kabin kayu atau digunakan bersama dengan batu sebagai asas untuk menyokong struktur jambatan. |
veneer core | kor balak kupasan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian tengah balak kupasan yang berbentuk silinder yang tertinggal selepas selesainya proses pengupasan balak. Kor balak kupasan boleh digunakan untuk menghasilkan papan pembungkus, papan cantum, dan jaluran kayu kecil. Sin: kor venir |
grading rule | peraturan penggredan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Maklumat yang menjelaskan tentang beberapa gred kayu dan hasil kayu, dan cara menentukan gred tersebut. Kebanyakan negara pengeksport kayu telah menyediakan peraturan penggredan untuk balak, balak segi, dan kayu gergaji untuk tujuan perdagangan. Misalnya, Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia digunakan untuk mengred kayu gergaji. |
log boat | bentang balak | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Alas kayu yang digunakan untuk menggolekkan atau mengheret balak dari tapak tebangan ke matau atau tempat longgokan balak. kuda-kuda, bot balak. |
log scale | skala | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu pengukur khas untuk mengukur garis pusat dan panjang kayu balak mengikut jadual balak tertentu. 2. Satu sistem pengukuran kayu bulat. 3. Jumlah kayu gergaji yang dapat dihasilkan daripada pemprosesan balak mengikut anggaran jadual balak tertentu. |
block | bungkah kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu balak atau balak segi yang pendek berukuran antara 300 mm hingga 2500 mm, yang boleh digunakan untuk menghasilkan barangan seperti mancis dan viner melalui proses kupasan. 2. Kayu pejal yang biasanya bulat ynag digunakan sebagai alas untuk memotong ikan atau daging. |
knee | penyandar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian pencengkam balak pada penghulur balak yang mempunyai paku siung untuk memegang kayu balak ketika dipotong. Bahagian ini juga menyokong tuil yang digunakan untuk mengendalikan pencengkam dan set tirus. |
clear log | balak bersih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Batang balak tidak mempunyai dahan atau cacat yang nyata seperti buku kayu. Balak seperti ini mudah diperolehi daripada kayu balak tropika seperti meranti dan keruing. |
log loading | pemuatan balak | Perhutanan | Tiada | Meletakkan balak di atas kenderaan pengankut balak. |
log mark | tanda balak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanda yang jelas, yang dibuat pada sisi atau hujung kayu balak untuk menyatakan gred, sumber atau pemiliknya. Tanda ini juga digunakan untuk menyatakan spesies balak, ukuran panjang dan garis pusat balak tersebut. |