Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lam] | بالم

Definisi : sj burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata; bagai ~ dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; balam-balam, berbalam, berbalam-balam, membalam nampak kurang jelas: berbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;membalamkan menjadikan kelihatan berbalam-balam: ~ pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ beringin sj tumbuhan (pokok), Payena leerii; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Palaquium gutta; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Pouzolzia zeylanica (indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : nama sj burung; tekukur, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; berbalam tidak berapa terang dilihat; kabur: Kerana kabus tebal, puncak gunung itu tampak ~ saja dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balam

Puisi
 

Burung balam terbang tinggi,
     Dari Palembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Duduk siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
soft6. indistinct, berbalam-balam: in the distance we could see the ~ outline of the mountain, di kejauhan kami dapat melihat bentuk gunung yg berbalam-balam; 7. (of curves, lines, etc) not sharp, beralun lembut: the ~ folds of her skirt, lipatan skirtnya yg beralun lembut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loom 2 vi 1. also ~ up, rise up indistinctly (usu in frightening way) menjelma, muncul: he thought he saw a shadowy figure ~ing out of the darkness, dia rasa dia nampak satu lembaga yg berbalam-balam menjelma dr dlm gelap; a ship ~ed up over the horizon, sebuah kapal muncul di kaki langit; 2. appear uncomfortably close, membimbangkan, mengancam: a recession is ~ing, kemelesetan ekonomi semakin membimbangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faintadj 1. indistinct, a. (of light) kelam, malap: in the ~ light of the moon, dlm cahaya bulan yg kelam; b. (of sound) perlahan, tdk jelas: she heard a ~ noise downstairs, dia terdengar bunyi yg tdk jelas dr bawah; c. (of shape, outline) samar-samar, berbalam(-balam): the ~ outline of a ship on the horizon, bentuk kapal yg samar-samar di kaki langit; d. (of writing etc) pudar, kabur, kelam: there were ~ inscriptions on the wall, terdapat inskripsi yg pudar pd dinding itu; e. (of colours) kelihatan samar-samar: the curtains were blue with a ~ tinge of green, langsir itu berwarna biru dan terdapat warna hijau (yg kelihatan) samar-samar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas