Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lam] | بالم

Definisi : sj burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata; bagai ~ dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; balam-balam, berbalam, berbalam-balam, membalam nampak kurang jelas: berbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;membalamkan menjadikan kelihatan berbalam-balam: ~ pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ beringin sj tumbuhan (pokok), Payena leerii; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Palaquium gutta; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Pouzolzia zeylanica (indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : nama sj burung; tekukur, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; berbalam tidak berapa terang dilihat; kabur: Kerana kabus tebal, puncak gunung itu tampak ~ saja dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balam

Puisi
 

Burung balam terbang tinggi,
     Dari Palembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Duduk siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan balam sebarang balam, Balam penunggu bukit tiga; Bukan demam sebarang demam, Demam menunggu adik menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan balam sebarang balam, Balam bersangkar emas dan gading; Bukan demam sebarang demam, Demam mendengar abang bersanding.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan balam sebarang balam, Balam bersangkar bertali benang; Bukan demam sebarang demam, Demam mendengar adik bertunang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Balam ini balam tembaga, Balam makan di atas loyang; Malam ini malam celaka, Malam merombak kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Balam tekukur burung di hutan, Asyik berbunyi sepanjang hari; Di dalam tidur aku mimpikan, Adik berjanji datang sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak balam terbang ke sungai, Anak tiung terkantuk-kantuk; Nan menanam nan kan menuai, Nan berlesung nan kan menumbuk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang balam mati tercekik, Makan putik buah mengkudu; Siang malam kunanti adik, Badanku letih menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung balam terbang tinggi, Dari Palembang terus ke Langkat; Tidur malam termimpi-mimpi, Duduk siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas