Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lam] | بالم

Definisi : sj burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata; bagai ~ dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; balam-balam, berbalam, berbalam-balam, membalam nampak kurang jelas: berbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;membalamkan menjadikan kelihatan berbalam-balam: ~ pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ beringin sj tumbuhan (pokok), Payena leerii; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Palaquium gutta; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Pouzolzia zeylanica (indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lam] | بالم

Definisi : nama sj burung; tekukur, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.lam] | بالم

Definisi : ; berbalam tidak berapa terang dilihat; kabur: Kerana kabus tebal, puncak gunung itu tampak ~ saja dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balam

Puisi
 

Burung balam terbang tinggi,
     Dari Palembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Duduk siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
balam II; balam-balam, berbalam, berbalam-balam, membalam nampak kurang jelas: berbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;membalamkan menjadikan kelihatan berbalam-balam: ~ pandangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
balam-balamnampak kurang jelas: berbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
ilam-ilamkadang-kadang nampak kadang-kadang tidak, tidak jelas kelihatan (kerana jauh, dilindungi oleh sesuatu, dll), berbalam, balam-balam.Kamus Dewan Edisi Keempat
balam II; berbalam tidak berapa terang dilihat; kabur: Kerana kabus tebal, puncak gunung itu tampak ~ saja dr sini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balam Inama sj burung; tekukur, Geopelia striata striata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balam merahsj tumbuhan (pokok), Palaquium gutta;Kamus Dewan Edisi Keempat
balam beringinsj tumbuhan (pokok), Payena leerii;Kamus Dewan Edisi Keempat
balam IIIsj tumbuhan (pokok); ~ beringin sj tumbuhan (pokok), Payena leerii; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Palaquium gutta; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Pouzolzia zeylanica (indica).Kamus Dewan Edisi Keempat
balam Isj burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata; bagai ~ dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
balam II,berbalam tidak berapa terang dilihat; kabur: Kerana kabus tebal, puncak gunung itu tampak ~ saja dr sini.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas