Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lang] | بالڠ

Definisi : bekas spt botol (besar dan agak luas mulutnya), tempat menyimpan air (barangbarang makanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lang] | بالڠ

Definisi : ; perahu ~ = sampan ~ sl perahu layar yg bertiang dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lang] | بالڠ

Definisi : ; membalang menghumban, melempar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lang] | بالڠ

Definisi : botol kaca yg besar tetapi mulutnya kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balang

Puisi
 

Tanam nyiur Kuala Jengka,
     Bunga bidang dalam balang;
Saya mendengar khabar berita,
     Di sini ada intan berkarang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya.Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan.Lain-lain16.01.2019
Saya ingin menyemak penggunaan koma pada ayat ini. Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran ke Sawah Sg. Balang, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Mohon maklumbalas tuan.
Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.
Lain-lain06.04.2017
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKANMorat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna17.06.2008
Salam tuan/puan, Apakah kata arah yang sesuai untuk ayat ini? Gelas-gelas disusun di dalam dulang. @ Gelas-gelas disusun di atas dulang. Harap tuan/puan boleh nyatakan alasan. Terima kasih.Gelas-gelas disusun di atas dulang, kerana dulang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti balang atau kotak.Tokoh30.04.2014

Kembali ke atas