Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lar] | بالر

Definisi : bkn binatang atau manusia yg lahir tanpa bahan pewarna semula jadi pd rambut dan kulit yg menyebabkan rambut dan kulit menjadi putih, bulai, sabun, salih: kerbau ~;berbalar, berbalar-balar mempunyai tempat (bahagian) yg putih-putih pd kulit: kulitnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lar] | بالر

Definisi : manusia atau binatang yg kulitnya berwarna putih kemerah-merahan dan rambutnya (ttg manusia) atau bulunya (ttg binatang) berwarna putih sejak dilahirkan kerana kekurangan zat pewarna; albino: kerbau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balar

Puisi
 

Bukit Acheh gunung pun Acheh,
     Kerbau balar dua sedenin;
Tengok boleh nak ambil tak boleh,
     Seperti gambar dalam cermin.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018

Kembali ke atas