Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
countervailing<i>adji> menimbang balas; (<i>techi>) timbal balas: <i>~ power,i> kuasa timbal balas; <i>~ tariff,i> tarif timbal balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reprisal<i>ni> tindakan balas: <i>the army took ~s against the communist leadersi>, tentera itu mengambil tindakan balas thdp pemimpin-pemimpin komunis; <i>there have been threats of ~i>, memang ada ancaman utk mengambil tindakan balas; in ~ for, sbg tindakan balas thdp: <i>the town was bombed in ~ for the raidi>, bandar itu dibom sbg tindakan balas thdp serangan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retaliatory, retaliative<i>adji> tindakan balas: <i>~ measures,i> langkah-langkah tindakan balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repartee<i>ni> 1. <i>witty, clever retorti>, tikam balas: <i>his ~ enchanted his audiencei>, tikam balasnya mempesonakan para penonton; 2. <i>skill in making such retortsi>, menikam balas: <i>his skill at ~ is undoubtedi>, kepetahannya menikam balas tdk diragui.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vengeance<i>ni> balas dendam: <i>he demanded ~ on his brother’s murderer,i> dia menuntut balas dendam thdp pembunuh abangnya; take ~ on, membalas dendam: <i>he swore to take ~ on his enemies,i> dia bersumpah utk membalas dendam thdp musuh-musuhnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retaliation<i>ni> tindakan balas: <i>immediate ~ against the rebels proved effective,i> mengambil tindakan balas dgn segera thdp pemberontak-pemberontak itu terbukti berkesan; in ~ for, utk membalas: <i>he gave the boy a kick in ~ for the slap,i> dia menendang budak itu sbg membalas tamparan budak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-claim<i>vti> menuntut balas: <i>they ~ed $2,000,i> mereka menuntut balas $2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-examine<i>vti> (<i>leg.i>) memeriksa balas: <i>to ~ a witness,i> memeriksa balas saksi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countersign<i>vti> menandatangani balas: <i>the cheque must be ~ed by another director,i> cek ini mesti ditandatangani balas oleh seorang pengarah lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-attack<i>vi & vti> menyerang balas: <i>the troops were prepared to ~,i> pasukan itu bersedia utk menyerang balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas