Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balasbalasGeologiTiadaTiada
photonuclear reactiontindak balas fotonuklear; tindak balas fotonukleasKejuruteraanTiadaTindak balas nuklear yang dimulakan oleh foton. Sinonim: fotokesan nuklear, tindak balas fotonuklear.
delayed reactiontindak balas lambatPerubatanTiadaTindak balas, seperti tindak balas alergi, yang berlaku beberapa jam atau hari selepas pendedahan kepada bahan aruhan.
continuous reaction seriessiri tindak balas selanjarGeologiTiadaSiri tindak balas yang tindak balas antara hablur terbentuk awalnya dengan air berlaku secara berterusan tanpa perubahan mendadak pada struktur hablur.
autocatalysispengautomangkinanKejuruteraanTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
autocatalysispengautomangkinanVeterinarTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
autocatalysispengautomangkinanPerubatanTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
homogeneous reactiontindak balas homogenKimiaTiadaTindak balas kimia yang melibatkan bahan tindak balas dalam fasa yang sama.
autocatalysispengautomangkinanKomunikasi MassaTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
chain reactiontindak balas berantaiPerubatanTiadaUrutan tindak balas nukleus yang salah satu hasilnya boleh menyebabkan tindak balas yang sama berlaku ke atas nukleus lain.
12345678910...

Kembali ke atas