Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bal.du] | بلدو

Definisi : sj kain yg dibuat drpd sutera, kapas, nilon, dsb (berbulu-bulu halus pd sebelah luarnya dan berkilat-kilat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bal.du] | بلدو

Definisi : kain lembut yg berbulu-bulu halus lagi berkilat pd sebelah luarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baldu

Puisi
 

Kain baldu dari Makasar,
     Halusnya tiada dapat ditenun;
Laut madu sungai bersakar,
     Dahaganya tiada dapat diminum.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bagheerabaldu bagheraKesenianTiadaKain baldu lembut, halus, bergelung pail pendek, rapat dan tidak dipotong. Ia digunakan sebagai selendang dan gaun wanita Barat.
seyongbaldu seyongKesenianTiadaFabrik baldu China yang berwarna biru atau hitam.
sardasibaldu sardasiKesenianTiadaFabrik baldu yang disulam dengan benang gimpal di India.
coating velvetbaldu kotKesenianTiadaBaldu tebal yang berasaskan fabrik kapas dan pailnya bertenun rapat serta dibuat daripada benang sutera atau gentian buatan. Fabrik ini sesuai untuk membuat kot.
cisele velvetbaldu ciselKesenianTiadaFabrik Inggeris bercorak baldu pendek dan timbul yang berasaskan fabrik satin, popular pada abad ke-19.
ruban enversreben baldu satinKesenianTiadaReben baldu yang dilapis dengan fabrik satin.
costume velvetbaldu pakaianKesenianTiadaIstilah yang digunakan untuk baldu kapas bermutu dan berbidang lebar yang digunakan untuk membuat sut dan kot.
ruban veloursreben balduKesenianTiadaIstilah Perancis untuk reben yang dibuat daripada baldu.
beaded velvetbaldu manikKesenianTiadaFabrik brokad yang diperbuat daripada mesin tenun jacquard. Reka coraknya daripada pal baldu dan berlatar belakang fabrik tipis seperti sifon, georget atau voil, digunakan untuk pakaian rasmi malam.
cut velvetbrokad balduKesenianTiadaFabrik brokad yang diperbuat daripada mesin tenun jacquard. Reka coraknya daripada pil baldu dan berlatar belakang fabrik tipis seperti sifon, georget atau voil, digunakan untuk pakaian rasmi malam.
1234567

Kembali ke atas