Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.li] | بالي

Definisi : Mn ark; darah ~ penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bali

Puisi
 

Raja Bali terajang kuda,
     Kuda kuning celana kain;
Sembilan bulan dikandung bonda,
     Niatku tidak pada yang lain.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Salam sejahtera. Pihak kami ingin memohon terjemahan ejaan Rumi kepada ejaan Jawi bagi Nama Bangunan dan Nama Jalan seperti berikut: 1. JALAN KSB 11 A 2. RESIDENSI MUTIARA BALI, KOTA SYAHBANDAR Dilampirkan disini cadangan ejaan Jawi untuk Semakkan. Sekian. Terima kasih.Ejaan Jawi bagi perkataan 1. JALAN KSB 11 A 2. RESIDENSI MUTIARA BALI, KOTA SYAHBANDAR ialah seperti yang berikut: 
1.  Aجالن كي. ايس. بي. 11  
2. ريسيدنسي متيارا بالي، كوتا شهبندر



Ejaan24.12.2020
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya.Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh di­makan), ranti merah, terung bali, Lycoper­sicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning.

Sawi pula ialah sejenis  tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa.
Tatabahasa12.10.2017
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografiSoalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan dialektologi seperti:
Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993
Lain-lain15.04.2014

Kembali ke atas