Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baligh;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pubertybalighPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeupayaan pembiakan yang ditunjukkan oleh haiwan betina atau jantan. Baligh pada haiwan betina seperti menunjukkan tanda estrus dan sedia menerima jantan serta mengalami ovulasi. Baligh pada haiwan jantan pula ialah berupaya memanjat haiwan betina serta mengeluarkan sperma. Umur baligh berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya, kambing (6 -10 bulan) dan lembu (12 – 18 bulan).
pubertybalighPsikologiPsikologi UmumPeringkat perkembangan psikobiologi individu yang membolehkan mereka menyempurnakan tingkah laku reproduksi kerana fungsi seksualnya telah matang. Peringkat ini juga menandakan bermulanya peringkat remaja. Pada peringkat baligh, ciri-ciri seksual individu berkembang sepenuhnya. Tanda baligh bagi kanak-kanak perempuan ialah bermulanya kitaran haid, manakala bagi kanak-kanak lelaki pula ialah pancutan mani yang biasanya berlaku semasa tidur. Sinonim puberti.
ahliyyahkelayakanPerniagaan IslamTiadaSifat keupayaan yang perlu ada pada individu bagi membolehkannya menerima hak dan tanggungjawab serta melaksanakannya. Kelayakan ini sempurna berkuat kuasa apabila individu mencapai umur baligh. Manakala kelayakan tidak sempurna berlaku pada individu yang belum mencapai umur baligh atau tidak matang fikirannya.
البلوغbalighAgama IslamFiqhSampai umur 15 tahun atau bagi perempuan telah datang haid dan bagi lelaki telah bermimpi serta keluar mani.
pubertybalighPerubatanTiadaPeringkat umur apabila sifat seks sekunder mula terbentuk dan keupayaan pembiakan tercapai.
pubertybalighPentadbiran PerniagaanTiadaMasa permulaan kematangan seks berlaku dan organ-organ pembiakan mula berfungsi.
pubertybalighPsikologiTiadaTiada
pubertybalighPerubatanTiadaTiada
pubertybalighBiologiTiadaMasa permulaan kematangan seks berlaku dan organ-organ pembiakan mula berfungsi.
pubertybalighAntropologiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas