Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.li/] | باليق

Definisi : 1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.li/] | باليق

Definisi : ; ~ adap sj tumbuhan (pokok menjalar), a) Mussaenda mutabilis; b) Mussaenda glabra; (daun) ~ angin sj tumbuhan (pokok), a) tapu, sedangar, Mallotus barbatus; b) Mallotus marcrotachyus; c) Mallotus paniculatus; akar ~ adap sj tumbuhan (pokok), akar kupur, Rubus glomeratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.li/] | باليق

Definisi : 1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.

Bermaksud :

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
repayvt 1. pay back, membayar balik [sst], membayar balik kpd [sso]: the loan must be repaid by the end of June, pinjaman itu mesti dibayar balik sebelum akhir bulan Jun; I shall ~ you next week, saya akan membayar balik kpd kamu minggu depan; 2. return, membalas, membayar balik: we must find a way of ~ing her kindness, kita mesti mencari jalan utk membalas budi baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
win~ so. back, mendapatkan /balik, semula/ sso: he hopes to ~ back his ex-wife, dia berharap utk mendapatkan balik bekas isterinya; ~ st back, mendapat balik sst: he won back all the money he had lost, dia mendapat balik semua wangnya yg hilang; he did his best to ~ back the girl’s affection, dia berusaha sedaya upaya utk mendapat balik kasih sayang gadis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resalen jualan /balik, semula/, menjual /balik, semula/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pay~ so. back, a.give so. what one owes, membayar balik pd sso: don’t forget to ~ him back for the fare, jangan lupa membayar balik tambang padanya; b. punish so. for a wrong done to os, membalas balik: one day I’ll ~ him back for that, suatu hari nanti saya akan membalas balik perbuatannya itu; ~ st back, membayar balik sst: when can you ~ back the loan?, bila boleh kamu bayar balik pinjaman itu?; he paid the money back to his brother, dia membayar balik wang itu kpd abangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repaymentn 1. paying (money) back, pembayaran balik: ~ of national debts, pembayaran balik hutang negara; 2. sum paid back, bayaran balik: four monthly ~s of $120, empat kali bayaran balik sebanyak $120 sebulan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ back, menelefon /balik, kembali/; ~ so. back, a. return so’s telephone call, menelefon sso /balik, kembali/; b. recall so., memanggil sso balik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
run~ back over st, meninjau /balik, kembali/ sst: let’s ~ back over the schedule, mari kita tinjau balik jadual itu; to ~ back over the past, meninjau balik masa lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reimbursevt membayar balik: don’t worry, all your expenses will be ~d, jangan bimbang, semua perbelanjaan kamu akan dibayar balik; we have ~d her in full, kami telah membayar balik perbelanjaannya dgn penuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recallvt 1. summon back (ambassador etc from post) memanggil /pulang, balik/; (defective products), /memanggil, menarik/ balik; (library book) memanggil balik: our ambassador has been ~ed for urgent consultations, duta kami telah dipanggil pulang utk perundingan penting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
withdraw8. retract, menarik balik: I would like to apologize and ~ my previous comments, saya ingin meminta maaf dan menarik balik kata-kata saya yg terdahulu; the accused withdrew the statement he made earlier, tertuduh menarik balik kenyataan yg dibuatnya lebih awal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas