Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.li.ngan] | باليڠن

Definisi : hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.li.ngan] | باليڠن

Definisi : hasil membaling: lontaran: Kepalanya benjol terkena ~ batu budak-budak nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
betapa kuat balingan kuat lagi mampanbetapa kuat balingan kuat lagi keazamanTatabahasa05.06.2007
Assalamualaikum.. Ingin kepastian jawapan soalan murid : 1. Ahmad Khairul sedang membuat __________ kedua dalam acara kegemarannya ( Gambar acara lontar peluru ) A. balingan B. lontaran yang manakah jawapan yang tepat dan mengapa? terim kasihSalam,

Ahmad Khairul sedang membuat lontaran kedua dalam acara kegemarannya (Gambar acara lontar peluru)

Dalam konteks ayat tersebut, lontaran lebih tepat kerana dalam sukan pun nama bagi acara tersebut ialah lontar peluru, berbanding balingan yang membawa maksud batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi.
Tatabahasa27.10.2015
Perkataan kenen dlm ayat berikut terdpt dlm kamus atau tidak? "Kak Ani suka betul kenenkan dia dengan bos besar itu."Perkataan kenen ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

(kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengena­kan atau menyindir orang lain.
Istilah09.05.2014

Kembali ke atas