Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.luh] | بالوه

Definisi : 1. bingkai gendang; 2. = baluhan rangka tempat duduk di atas gajah; bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar sebab ~ kulit ada di batangnya prb orang yg bersubahat dgn orang jahat akhirnya akan binasa walaupun keturunan orang baik-baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.luh] | بالوه

Definisi : Kl rumah kecil tempat menyimpan padi, kepuk, rengkiang padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baluh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baluh (Mal)baluhKesenianTiadaRangka gendang.
o-tsuzumio-tsuzumiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluh alat muzik ini berpinggang dan diperbuat daripada kayu. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali tebal. O-tsuzumi dimainkan dengan cara meletakkannya di atas riba dan satu muka kulit dipukul dengan sebelah tangan. Dram yang berasal dari Jepun ini menghasilkan rentak tertentu dalam orkestra untuk teater tradisional Jepun seperti teater noh dan kabuki.

taikotaikoMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluh alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder yang cetek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali tebal. Taiko diletakkan secara mendatar di dalam rak dan hanya satu permukaan kulitnya dipukul dengan sepasang kayu. Taiko yang terdapat di Jepun dimainkan dalam orkestra untuk teater tradisional, seperti teater noh dan kabuki.

bezel settingikat baluhKesenianTiadaJenis ikatan permata pada barang kemas.
membranophonemembranofonMuzikTiada

 Alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila kulit diregangkan. Baluh atau badan alat muzik membranofon terdiri daripada bentuk tertentu. Baluh tersebut dipasang dengan satu atau dua muka kulit. Alat muzik membranofon diklasifikasikan berasaskan bentuk baluh dan cara muka kulit dipasang. Contohnya, kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan atau paku. Terdapat dua kelas kecil dalam klasifikasi ini, iaitu jenis dram dan mirliton. Lihat juga mirliton.

adokadokMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon, iaitu dram. Adok berasal dari Asia Tenggara, mempunyai baluh berbingkai dengan garis pusat yang besar dan satu muka kulit yang dipukul dengan tangan. Adok dimainkan dalam ensembel cakJempong di Sumatera dan di Negeri Sembilan.

marwasmarwasMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Marwas terdiri daripada badan berbentuk silinder pendek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali nilon. Marwas dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi memukul salah satu permukaan dram. Dram ini menghasilkan rentak terhasil apabila tiga atau empat biji marwas dimainkan serentak. Alat muzik ini juga dikenali sebagai manias. Marwas atau manias biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu dalam bentuk ensembel kecil untuk.
karatungkaratungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya berbentuk tong panjang yang diperbuat daripada kayu. Satu muka kulit dipasang pada baluh dengan tali dan belulang tersebut ditegangkan dengan baji kayu yang terletak di bawah tali. Permukaan kulit dipukul dengan sepasang kayu. Dalam ensembel sopogandangan, dram ini memainkan rentak yang sama de­ngan gong koritikon. Ensembel ini dimainkan oleh suku kaum Dusun yang tinggal di kawasan Tambunan, Sabah bagi mengiringi muzik tarian magarang dan muzik ritual pengebumian.

gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.

ketebongketebongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram panjang dan berpinggang. Dram ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai satu muka kulit. Kulit dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Ketebong diletakkan secara mendatar di atas riba dan dipukul dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dram ini dimainkan dalam ensembel dram engkerumong bagi mengiringi tarian. Kete­bong dimainkan oleh masyarakat suku kaum Iban di Sarawak. Dram ini dikenali juga sebagai katebong.

123

Kembali ke atas