Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bam.ba.ngan] | بمبڠن

Definisi : pintu masuk (kuala dll): ada sebuah kapal berlabuh di ~ kuala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bambangan

Puisi
 

Tuan merambat tebing beringkat,
     Rambut menyangkut di akar bambangan;
Jangan lambat burung diikat,
     Burung makan di tapak tangan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
playaplayaHidrologiTiadaDasar tasik yang terdapat di bahagian terendah suatu lembah terlingkung di kawasan gersang atau gurun. Salirannya adalah memusat atau ke dalam. Tasik ini biasanya kering kecuali selepas hujan ribut yang lebat sehingga memungkinkan ia ditutupi oleh suatu bambangan air yang nipis. Bambangan ini cepat lesap melalui sejatan.
entrancebambanganGeografiTiadaTiada
perlucidusperlusidusSainsHidrometeorologiTompokan, bambangan atau lapisan awan yang luas dengan ruang yang nyata tetapi kadang kala kecil antara unsur awan tersebut. Ruang ini membolehkan matahari, bulan dan kebiruan langit atau awan atas darinya dilihat.
altostratusaltostratusSainsHidrometeorologiGenus awan berbentuk bambangan atau lapisan yang agak kekelabuan atau kebiruan, rupanya berjalur, berserabut atau seragam dan meliputi seluruh atau sebahagian langit. Ada bahagian altostratus yang cukup nipis sehinggakan matahari kelihatan samar-samar, dan jika terdapat belahan dan carikan, bentuk dan taburannya tidak teratur.
lacunosuslakunosusGeologiTiadaJenis awan berbentuk kelompok, bambangan, atau lapisan awan, biasanya agak tipis, dicirikan oleh lubang-lubang bulat yang tersebar agak teratur dan kebanyakannya mempunyai tepi yang berjumbai.
lacunosuslakunosusSainsHidrometeorologiJenis awan berbentuk kelompok, bambangan atau lapisan awan, selalunya agak nipis, dicirikan oleh lubang-lubang bulat (perkataan Latin lacunosus bermaksud berlubang-lubang) yang tersebar agak teratur dan kebanyakannya mempunyai tepi yang berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirokumulus dan altokumulus dan juga boleh digunakan, walaupun jarang-jarang sekali, bagi stratokumulus.
stratocumulusstratokumulusSainsHidrometeorologiAwan yang berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan, berwarna kelabu atau keputihan atau kelabu dan keputihan, yang selalunya mempunyai bahagian gelap yang terdiri daripada kepingan papan pipih, jisim bentuk bulat, gulungan dan sebagainya, yang bukan gentian (melainkan virga) dan mungkin berpadu ataupun tidak; kebanyakan unsur kecil yang tersusun teratur mempunyai kelebaran ketara lebih daripada 5 darjah.
translucidustranslusidusSainsHidrometeorologiJenis awan berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan meluas yang sebahagian besarnya lutsinar dan membolehkan kedudukan matahari dan bulan dikesan. Istilah ini digunakan untuk altokumulus, altostratus, stratokumulus dan stratus.
undulatusundulatusSainsHidrometeorologiVarieti awan berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan beralun-alun. Alunan dapat dilihat di lapisan awan yang agak seragam atau di awan yang mengandungi unsur-unsur terpisah atau tercantum.
translucidustranslusidusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan meluas yang sebahagian besarnya lut sinar dan membolehkan kedudukan matahari dan bulan dikesan. Awan ini terdapat pada genus altokumulus, altostratus, stratokumulus dan stratus.
12

Kembali ke atas