Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bam.bu] | بمبو

Definisi : buluh, aur; ~ suda buluh atau bilah buluh yg diruncingkan sbg ranjau: serangan dibuat terhadap kampung-kampung yg hanya berbentengkan ~ suda; senapang ~ ki orang yg besar cakap tetapi tidak berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bam.bu] | بمبو

Definisi : buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bambu

Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diperbuat daripada buluh ‘Sumbiling’ dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya Made from ‘Sumbiling’ and rattan for storing agricultural products and others soalan: Adakah ayat diatas betul atau salah. soalan: Buluh dalam bahasa English soalan : Perbezaan antara penggunaan perkataan Bambu dan Buluh ( Buluh dlm BI Bamboo / Bambu dlm BI juga Bamboo - mana satu yang boleh diguna pakai. Merujuk pada perkatan Buluh adalah sejenis tumbuhan berbatang kecil dan nipis seperti Buluh perindu dsbg..Ayat yang diberikan, iaitu "Diperbuat daripada buluh sumbiling dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya" adalah betul. Kedua-dua perkataan, iaitu buluh dan bambu boleh digunakan untuk padanan perkataan bahasa Inggeris "bamboo".Istilah10.10.2012
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan.
Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". 


Lain-lain31.05.2021

Kembali ke atas