Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban] | بن

Definisi : IB = ~ luar tayar; ~ angin = ~ balon = ~ hidup = ~ pompa tayar yg diisi udara; ~ buta = ~ mati = ~ pejal tayar yg tidak berangin; ~ dalam tiub. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban] | بن

Definisi : IB pita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban] | بن

Definisi : IB 1. jalan (kereta api dll); 2. landasan terbang (di lapangan terbang); 3. padang bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban] | بن

Definisi : batas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ban] | بن

Definisi : roti kecil yg bulat, manis atau tawar, dan kadang-kadang mempunyai inti kelapa, sambal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ban


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tolong terangkan perkataan "BAN KELAPA"?Ban kelapa ialah roti kecil yang manis dan bulat dan mengandungi kelapa di dalamnya.Makna17.03.2012
Saya ingin bertanya bagi makanan khusus seperti FLOWER ROLL, sejenis roti kukus berbentuk gulungan bunga. Sekiranya diterjemah adakah mencukupi Gulungan Bunga atau perlu menambah Ban berbentuk gulungan bunga. 2. Apakah terjemahan yang tepat bagi PLAIN. Contohnya, roti berperisa Plain. Terima kasihCadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi flower roll yang merupakan sejenis roti kukus ialah “ban gulungan bunga”. Manakala terjemahan bagi perkataan plain ialah “tawar”. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah “roti tawar”.  Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan18.03.2022
Salam. Sya bekerja di kilang roti. Untuk produk 'Slice Cake Banana' jika mahu ditukarkan dalam bahasa melayu, apakah nama yang sesuai untuk digunakan pada pembungkusan? Lagi, Pandan Kaya Cream Bun, adakah ditukar bahasa melayu menjadi Ban Krim Pandan Kaya. Terima kasih.Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'Slice Cake Banana'  ialah 'Sepotong Kek Pisang'.
'Pandan Kaya Cream Bun' dalam bahasa Melayu ialah 'Ban Krim Kaya Pandan'.
Makna09.05.2021
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih.Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat.Istilah16.10.2012
Tn, kenapa "di bantah" harus dijarakkan sedangkan "bantah" adalah kata kerja dan "dipukul" pula boleh bersambung yang nama pukul juga kata kerja? Sila bagi nasihat dan panduan tentang penggunaan "di". Jasa baik pihak tuan "di dahului/didahului" ( sila pilih dan beri alasan ) dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk pengetahuan tuan/puan, ejaan yang betul untuk 'di-ban-tah' ialah 'dibantah'. Ejaannya bukan dijarakkan seperti yang tuan/puan nyatakan. Begitu juga dengan ejaan 'di-pu-kul'. Ejaan yang betul ialah 'dipukul' kerana pukul ialah kata kerja. Untuk keterangan lanjut tentang persoalan atau permasalahan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa18.12.2008
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016
Salam sejahtera. Penerangan tentang diftong dan vokal berganding senang difahami. Sebaliknya, Penerangan tentang digraf dan terutamanya konsonan bergabung amat mengelirukan. Digraf diterangkan sebagai konsonan bergabung iaitu dua huruf konsonan berturutan yang mewakili satu bunyi. Ada kali konsonan bergabung diterangkan sebagai dua huruf konsonan yang berturutan tetapi dipisahkan dalam suku kata. Soalan 1. Kalau tidak silap, konsonan berganding ialah konsonan berturutan yang terpisah dalam suku kata. Kini, masih wujudkah konsonan berganding? Adakah konsonan bergabung ialah konsonan berganding? 2. Perkataan "Klinik" tergolong sebagai digraf atau konsonan bergabung ataupun kedua-dua? 3. Adakah kemungkinan wujud kesalahan dalam definisi terkini bagi konsonan bergabung dalam buku teks? Ini adalah kerana krayon diberikan sebagai contoh bagi konsonan bergabung. Padahal contoh seperti konkrit (n k) , terminal (r m) , kompleks (mp) diberikan oleh dbp. Sungguh mengelirukan, manakah yang tepat sekali? Yang dahulu, tidak wujud kekeliruan , mudah difahami kerana definisi bagi konsonan bergabung hanyalah satu dan tepat. 4. (Yang terkini) Adakah hanya perkataan daripada b.Inggeris ( seperti trak, promosi, hibrid, program dan lain- lain ) diterima sebagai k. bergabung (contoh buku teks dan buku aktiviti) ? Harap tuan dapat menguraikan kekeliruan saya. Sekian, terima kasih.Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami.  Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya.Tatabahasa14.12.2015

Kembali ke atas