Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.dai] | بنداي

Definisi : sj gong kecil kaum Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bandaibandaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bandai ialah gong berbusut yang digantung, bersaiz sederhana dan berbingkai sempit. Bandai dipukul pada busut dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar dan ensembel engkerumong di Sara­wak. Bandai dikenali juga sebagai bandil atau selegai. Sinonim bandil.

bandai (Mal)bandaiKesenianTiadaGong kecil kaum Iban.
bandilbandilMuzikTiada

 Lihat bandai.

engkerumongengkerumongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul de­ngan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri dari­pada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak.

kulintangkulintangMuzikTiada

 Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensem­bel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang.

ngajatngajatMuzikTiada

 Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini dita­rikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi ensembel dua sapeh sahaja atau ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Selain Ngajat Lasam, terdapat sejenis tarian ngajat lain yang dikenali sebagai ngajat asal. Tarian ini ditarikan oleh dua orang wanita daripada kaum Kenyah, Kayan dan Kajang.


Kembali ke atas