Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.da.ran] | باندرن

Definisi : parit, tali air: ~ sawah itu sudah ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.da.ran] | باندرن

Definisi : segala sesuatu bkn bandar: majlis ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan bandaran dan perbandaran. Maksud kedua-duanya sama iaitu berkaitan dengan bandar. Tapi macam mana nak bezakan penggunaannya sebab ada Majlis Bandaran dan ada Majlis Perbandaran.Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk pada municipal, municipality atau town bergantung pada konteks istilah tersebut, contohnya municipal board (lembaga bandaran/perbandaran) dan town council (majlis bandaran/perbandaran). Walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat dan persisi dari segi bahasa ialah perbandaran.Tatabahasa13.07.2010
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992Ejaan28.03.2005
Salam, Saya hendak bertanya tentang penggunaan huruf besar yang betul bagi dua pernyataan yang berikut. 1. pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 2. pilihan raya Majlis Bandaran Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah: Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan raya majlis bandaran/perbandaran atau Pilihan raya Majlis Perbandaran Bentong.Ejaan21.05.2012
Rumah buruk itu sudah dirobohkan oleh pihak Majlis bandaran Kuantan. Adakah penggunaan 'buruk' betul dalam ayat ini.Penggunaan yang paling tepat ialah usang, iaitu Rumah usang itu dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Kata buruk memberikan maksud terlalu umum, iaitu tidak cantik.Tatabahasa18.08.2011
Kami ingin mendapatkan kebenaran DBP untuk menggunakan nama Korporat kami untuk papan tanda. Disini, kami melampirkan visual dan gambar untuk rujukan dan kelulusan Tuan. Kami berharap Tuan boleh meuluskan permohonan kami secepat mungkin supaya kami boleh memohon lesen papan tanda dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan (bagi pelanggan baharu) dan masukkan kata laluan yang diperoleh. Klik Daftar Iklan dan pilih jenis iklan - papan premis.Lain-lain23.11.2017
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan.1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini.

2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut:

bandar2 n bandar air;

bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air;

bandar sampah parit tempat membuang sampah;

upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat;

membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup.

Lain-lain25.08.2022

Kembali ke atas