Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.da.ran] | باندرن

Definisi : parit, tali air: ~ sawah itu sudah ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.da.ran] | باندرن

Definisi : segala sesuatu bkn bandar: majlis ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICHMOND UPON THAMES

Richmond upon Thames (pend. 154 600) ialah

kawasan pilihan raya bandaran dalam kawasan

Greater London, England. Ia meliputi bekas

kawasan pilihan raya bandaran Barnes, Richmond,

dan Twickenham.

UMUM 
SUTTON

Sutton (pend. 164 300) ialah bandaran dalam

kawasan utama kota London. Ia terletak di sempadan

selatan kota London di utara Surrey. Sutton terdiri

daripada dua bekas “boroughs” Beddington dan

Wallington, dan Sutton serta Cheam; serta daerah

bandar lama Carshalton. Sutton sebuah bandaran

kediaman dan ramai penduduknya bekerja di

London. Terdapat beberapa tempat bersejarah di

Sutton, seperti Gereja All Saints di Carshalton yang

dibina pada tahun 1100-an. Perpustakaan awam di

Sutton merupakan satu daripada perpustakaan yang

termoden di United Kingdom.

UMUM 
PULAU STATEN

Pulau Staten membentuk salah satu daripada

lima kawasan bandaran New York City. Pulau ini

terletak di Teluk New York, kira-kira lapan

kilometer ke barat daya Pulau Manhattan (liha t

New York ).

UMUM 
BURY

Bury (pend. 172 200) ialah kawasan pilihan

raya bandaran dan daerah kerajaan tempatan

di Lancashire, England.

UMUM 
MERIDIAN GREENWICH

Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan

yang merentasi Greenwich, sebuah

kawasan pilihan raya bandaran (borough) London,

pada peta bumi. Meridian Greenwich sering

dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai

oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian

garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau

barat meridian ini.

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
SALDANHA

Saldanha ialah bandar di pantai barat Afrika

Selatan. Bandar ini terletak 90 kilometer ke barat

laut Teluk Table. Bandar ini berkongsi kawasan

bandaran dengan Vredenburg yang berdekatan

dengannya. Untuk lokasi Vredenburg, lihat Afrika

Selatan (peta politik).

UMUM 
BRENT

Brent (pend. 226 100) ialah kawasan pilihan raya

bandaran di Greater London. Ia terdiri daripada

Wembley dan Willesden, yang dahulunya ditadbir

sebagai sebahagian daripada Middlesex.

UMUM 
BURGH

Burgh ialah kawasan pentadbiran di Scotland.

Ia sama seperti borough, iaitu kawasan pilihan

raya bandaran Inggeris.

UMUM 

Kembali ke atas