Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.di.ngan] | بنديڠن

Definisi : 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.di.ngan] | بنديڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong beri takrif - Bandingan Semacam berserta senarai bandingan semacamMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Tatabahasa13.03.2013
Tuan, apakah perbezaan antara bandingan dan tandingan di dalam ayat di bawah: 1) piza itu sedap tiada bandingan 2) piza itu sedap tiada tandingan terima kasih atas bantuanBandingan dan tandingan sama maknanya, iaitu imbangan atau tara. Oleh itu, kedua-dua ayat ... tiada bandingan dan ... tiada tandingan sama maknanya.Tatabahasa21.06.2012
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa?Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga".
Tatabahasa09.06.2014
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa ?Salam sejahtera,

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga".

Sekian, terima ksih.
Tatabahasa17.03.2018
TIADA BANDINGAN Internet 10Mbps + 50 Saluran TV RM98.99 sebulanUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain12.03.2014
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih.Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut.Penyelidikan26.04.2011
maksud tolok?Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.Makna12.12.2012
Boleh berikan perbezaan aspek penggunaan "bak, umpama, laksana, macam, bagai, seperti" dalam bandingan semacam?Kata bak, umpama, laksana, macam, bagai dan seperti berada dalam medan semantik yang sama. Perbezaan antara kata tersebut sukar digarissempadankan kecuali dengan melihat laras penggunaan dan makna-makna bagi setiap kata. Misalnya kata umpama dan laksana lebih bersifat puitis jika dibandingkan dengan kata macam, dan makna bagi kata umpama mempunyai lima pecahan makna berbanding macam yang mempunyai tiga pecahan makna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dalam takrifan bagi setiap kata tersebut. Makna14.03.2024
Tuan, 1. Bolehkah digunakan perkataan "kesemua" dalam contoh ayat berikut dan komen tentang bandingan ayat-ayat berikut yang salah dari segi nahu. a). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. b). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua parlimen dalam negeri Kelantan c). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di semua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. Sekian ,terima kasih.Ayat (C) lebih tepat dan gramatisTatabahasa25.10.2007
1234

Kembali ke atas