Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.di.ngan] | بنديڠن

Definisi : 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.di.ngan] | بنديڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative uniquenesskeunikan bandinganLandskapTiadaBandingan keistimewaan sesuatu elemen landskap dengan elemen landskap yang lain.
comparative anatomyanatomi bandinganVeterinarPraklinikalPengkajian ciri bentuk dan struktur pelbagai spesies haiwan untuk pengelasan. Anatomi bandingan merupakan salah satu cabang daripada bidang anatomi. Melalui pengkajian ini; lembu; kambing; biri-biri dan kerbau dapat dikelaskan sebagai ruminan kerana mempunyai empat perut. Sementara babi dan kuda dikelaskan sebagai monogaster kerana mempunyai satu perut; iaitu perut mudah.
hydrometerhidrometerTeknikElektrikPeranti yang digunakan untuk mengukur ketumpatan bandingan sesuatu cecair berbanding dengan ketumpatan air. Hidrometer digunakan, misalnya untuk menyukat ketumpatan bandingan elektrolit bateri untuk mengetahui sama ada bateri itu telah dicas sepenuhnya atau tidak. Hidrometer biasanya terdiri daripada batang kaca bersenggat yang terletak di dalam tiub yang sama ukurannya, bebuli atau bekas besar mengandungi udara, atau bebuli kecil mengandungi merkuri supaya boleh terapung menegak.
weighting materialbahan pemberatKimiaTiadaSebarang bahan yang mempunyai ketumpatan bandingan yang tinggi yang dicampurkan ke dalam bendalir penggerudian bagi meningkatkan ketumpatan bandingan bendalir tersebut. Bahan yang paling biasa digunakan adalah barit. bahan lain yang juga digunakan adalah galena, dan dalam keadaan tertentu batu kapur juga boleh digunakan.
weighting materialbahan pemberatKejuruteraanPetroleumSebarang bahan yang mempunyai ketumpatan bandingan yang tinggi yang dicampurkan ke dalam bendalir penggerudian bagi meningkatkan ketumpatan bandingan bendalir tersebut. Bahan yang paling biasa digunakan adalah barit. bahan lain yang juga digunakan adalah galena, dan dalam keadaan tertentu batu kapur juga boleh digunakan.
cosmic abundancekelimpahan kosmosMatematikTiada2. Kadar bandingan setiap unsur yang terdapat di alam semesta yang berasaskan piawai sistem suria dan ditentukan daripada cerapan tentang kekuatan garis bandingan dalam spektrum sinaran suria, dan daripada survei geologi bumi analisis meteorit.
battery hydrometerhidrometer bateriTeknikElektrikHidrometer yang digunakan untuk menyukat ketumpatan bandingan elektrolit bateri sekunder. Nilai ketumpatan ini menentukan sama ada bateri itu telah mencapai tahap cas penuh atau tidak. Ketumpatan bandingan bagi elektrolit sel asid plumbum ialah 1.270 apabila bercas penuh dan kurang daripada 1.190 ketika nyahcas sepenuhnya.
klin dryingpengeringan tanurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengeringkan kayu dengan memasukkannya ke dalam bilik khas yang dilengkapi alat untuk mengawal suhu, kelembapan bandingan, dan peredaran udara di dalamnya. Kayu didedahkan kepada keadaan suhu, kelembapan bandingan dan peredaran udara mengikut jadual pengeringan tertentu bagi mencapai kadar pengeringan yang lebih cepat, dan purata kandungan lembapan yang kurang rendah daripada kayumkeringan udara.
comparativebandingan; berbanding; perbandinganMatematikTiadaTiada
analogybandinganArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat analogi
12345678910...

Kembali ke atas