Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.dul] | باندول

Definisi : buah jam;berbandul 1. mempunyai (ada) bandul; 2. berayun;membandul 1. mengayun; 2. mengekal (serangan dll);bandulan 1. ayunan; 2. benda berat yg digantung utk memberatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.dul] | باندول

Definisi : benda yg digantungkan sbg pemberat: ~ jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pendulumbandulKimiaTiadaJasad yang disokong pada suatu titik di sebalah atas pusat gravitinya supaya jasad itu dapat berayun dengan bebas pada suatu satah tegak [rajah B2]. Bandul bergerak secara berkala di sekitar kedudukan keseimbangannya setelah ditindak oleh sebarang daya dedenyut. Untuk tujuan analisis, bandul dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan tabiat fizikal dan gerakannya. Antara jenis-jenis bandul yang kerap ditemui ialah bandul mudah, bandul majmuk dan bandul unggul. Lihat juga bandul majmuk, bandul mudah, bandul saat, bandul unggul.
pendulumbandulMekanikGunaanJasad yang disokong pada suatu titik di sebalah atas pusat gravitinya supaya jasad itu dapat berayun dengan bebas pada suatu satah tegak [rajah B2]. Bandul bergerak secara berkala di sekitar kedudukan keseimbangannya setelah ditindak oleh sebarang daya dedenyut. Untuk tujuan analisis, bandul dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan tabiat fizikal dan gerakannya. Antara jenis-jenis bandul yang kerap ditemui ialah bandul mudah, bandul majmuk dan bandul unggul. Lihat juga bandul majmuk, bandul mudah, bandul saat, bandul unggul. RAJAH B2 (rujuk ms. 8)
simple pendulumbandul mudahKimiaTiadaBandul yang terdiri daripada ladung seutas tali dan mempunyai tabiat yang menghampiri tabiat bandul unggul. Jika sesaran sudut yang dialami oleh bandul itu kecil, iaitu kurang daripada 4o, jasad berkenaan akan bergerak dengan harmonik mudah. Kala T bagi bandul mudah boleh diambil sebagai, dengan I sebagai panjang tali dan g sebagai pecutan graviti. Lihat juga bandul unggul, gerakan harmonik mudah.
simple pendulumbandul mudahMekanikGunaanBandul yang terdiri daripada ladung seutas tali dan mempunyai tabiat yang menghampiri tabiat bandul unggul. Jika sesaran sudut yang dialami oleh bandul itu kecil, iaitu kurang daripada 4o, jasad berkenaan akan bergerak dengan harmonik mudah. K
beat of pendulumtempo bandulMekanikGunaanGerakan bandul yang berayun dari hujung laluannya ke hujung laluan yang satu lagi. Satu tempo ialah setengah ayunan. Kala tempo diberikan oleh ungkapan p (l/g), dengan l sebagai panjang tali bandul dan g ialah pecutan yang disebabkan oleh daya graviti. Ia juga dinamai buaian bandul. Lihat juga bandul.
cycloidal pendulumbandul sikloidKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengubahsuaian bandul mudah apabila pemberat digantung pada tali yang disandang antara dua keping logam berbentuk sikloid. Apabila bandul berayun, tali melilit dan terlerai pada sikloid. Bandul ini mempunyai kelajuan yang tidak bersandar pada amplitud ayunan.
laws of simple pendulumhukum bandul mudahMekanikGunaanHukum yang memerihalkan hubungan di antara tempoh bandul mudah dan empat parameter lain yang berkaitan dengan gerakan bandul itu, iaitu jerayun ayunan, jisim ladung, panjang tali bandul dan pecutan graviti.
second’s pendulumbandul saatKimiaTiadaBandul yang bergerak sebanyak satu tempo dalam satu saat. Lihat juga tempo bandul.
second’s pendulumbandul saatMekanikGunaanBandul yang bergerak sebanyak satu tempo dalam satu saat. Lihat juga tempo bandul.
Izod testujian IzodKejuruteraanKejuruteraan MekanikUjian hentaman menggunakan bandul berayun yang menghentam spesimen bertakuk. Spesimen dipasang menegak dan dikapit di bahagian bawahnya dengan hujung atasnya bebas. Takukan pada spesimen dipasang menghadap arah bandul mula dilepaskan. Ujian hentaman merujuk kepada satu ayunan bandul sahaja. Tinggi ayunan bandul selepas hentaman dijadikan ukuran tenaga yang diserap dan menunjukkan kekuatan bahan spesimen. Ujian ini hampir serupa dengan ujian Charpy, hanya berbeza spesifikasi spesimen corak.
123456789

Kembali ke atas