Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : 1. megah; 2. besar hati: saya berasa ~ kerana mendapat kawan yg begitu setia;berbangga 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;membangga ark berbangga;membanggakan 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;kebanggaan 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : Jw ark membangkang, menentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : senang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangga

Puisi
 

Pokok cempedak di tepi tangga,
     Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
     Bilalah diri dipuja orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bangga jadi sebahagian Mana SetangginyaWan Asrudi Wan HasanHarian Metro20.05.2009
Bangga pertahan warisan nenek moyangMohd Azrone SarabatinBerita Minggu15.03.2009
Bangga kuasai bahasa MelayuNorhayati NordinHarian Metro15.09.2007
Bangga dengan kesetiaan wanitaTiadaMingguan Malaysia27.08.1995
Bangga dengan bahasa sendiriChe Rimi HussinUtusan Malaysia04.09.1996
Bangga jadi pelopor penyanyi baruShirmy RahmanBacaria27.07.1991
Bangga terhadap bahasanya kurang ramah pada tamunyaRatnawati JamilMingguan Malaysia11.10.1992
Bangga pakai batikAkhbar:  Harian Metro11.12.2004
'Saya bangga orang filem diiktiraf'Hardi Effendi YaacobBerita Minggu15.02.2009
Jins Bangga Pencapaian FinasRozdan MazalanBerita Harian17.10.2008
1234567

Kembali ke atas