Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.kai] | بڠکاي

Definisi : 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada lakilaki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;pebangkai (Bio) binatang yg memakan bangkai binatang lain atau bahan organik yg reput (mis burung reng, dubuk, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.kai] | بڠکاي

Definisi : 1 tubuh binatang yg telah mati. 2 barang-barang yg sudah rosak dan tidak dpt dibaiki lagi: ~ kereta; ~ kapal. ~ bernyawa ki orang yg terlalu kurus. pebangkai ist binatang yg memakan bangkai atau bahan organik yg reput (mis burung reng). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkai

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Bermaksud :

Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rigor mortisrigor mortisVeterinarPraklinikalPerubahan khusus post mortem yang berlaku pada bangkai; iaitu pengkakuan kesemua otot selepas mati dan dikaitkan dengan pengecutan gentian otot apabila adenosina trifosfat dalam sel berkurangan. Rigor mortis mula berlaku antara 1 hingga 6 jam dan berakhir antara 1 hingga 2 hari. Proses rigor mortis ini lebih cepat berlaku pada bangkai haiwan yang kekurangan makanan daripada haiwan yang diberi makanan secukupnya.
carrionbangkaiVeterinarTiadaTiada
wreckbangkai (kapal)KejuruteraanTiadaTiada
wreckbangkai (kapal)GeografiTiadaTiada
shipwreckbangkai kapalUndang-undangTiadaTiada
wreckbangkai (kapal)Undang-undangTiadaTiada
dangerous wreckbangkai kapal berbahayaKejuruteraanTiadaTiada
ship wreckbangkai kapalGeografiTiadaTiada
wreckagesisa bangkai kapalGeografiTiadaTiada
dangerous wreckbangkai kapal berbahayaGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas