Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ku] | بڠکو

Definisi : 1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat drpd kayu, batu, dsb utk dua orang atau lebih; 2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya utk seorang; 3. meja yg berkaki tempat bertukang (menggergaji dll); ~ lipat bangku yg dapat dilipat; ~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ku] | بڠکو

Definisi : tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangku

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benchbangku; bangku panjangKesenianTiadaBangku yang panjang dan tidak mempunyai penyandar.
bangku penjaga garisbangku penjaga garis (Sepak Takraw)PendidikanTiadaTiada
bangku penjaga garisbangku penjaga garis (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
bench graftingcantuman bangkuPertanianAgronomi

Cantuman tumbuhan yang dilakukan di atas bangku. Pokok penanti biasanya ditanam di dalam pasu atau polibeg dan diletakkan atas bangku dan bahagian sion dicantumkan dengan pokok penanti di atas bangku itu. Cantuman ini dilakukan di dalam rumah teduhan dan bukan di ladang. Pokok cantuman ini kemudiannya akan dipindahkan ke ladang setelah cantuman berjaya.

bench planeketam bangkuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang digunakan di atas bangku atau meja semasa mengetam benda kerja. Ketam bangku dikelaskan kepada tiga jenis utama iaitu ketam pelurus, ketam pemula, dan ketam pelicin, dan tiap-tiap ketam ini mempunyai komponen yang sama, kecuali saiz dan fungsinya yang berlainan.
folding stoolbangku lipatKesenianTiadaBangku yang tidak mempunyai penyandar dan alas lengan dan boleh dilipat apabila tidak digunakan.
press boardbangku menseterikaPentadbiran PerniagaanTiadaBangku berkaki untuk menseterika pakaian.
garden stoolbangku tamanKesenianHiasan DalamanBangku tempat duduk di kawasan taman yang diperbuat daripada bahan tahan cuaca, seperti kayu, batu, logam atau porselin.
artist's donkeybangku pelukisKesenianTiadaBangku bertopang, khusus untuk melukis.
board ended stoolbangku kaki bodKesenianTiadaBangku panjang yang kakinya diperbuat daripada bod.
123456

Kembali ke atas