Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bangsa teling tipis.

Bermaksud :

Orang yang lekas marah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kata tua kata bersindir, Menyindir orang tidak beradat; Hina bangsa kerana pandir, Orang pandir tidak bermartabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat tahukan diri, Di mana tegak sifat senonoh; Membuang adat memalukan negeri, Bangsa rosak umat bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
12

Kembali ke atas