Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bangsa teling tipis.

Bermaksud :

Orang yang lekas marah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaBaju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin.
Kurik Kundi Merah SagaAngsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa.
Kurik Kundi Merah SagaBeruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.

Kembali ke atas