Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : sl denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);membangun membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2 terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3 menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Laksana janda baru bangun tidur.

Bermaksud :

Perempuan yang benar-benar cantik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
get~ up, a. rise from o’s bed, bangun, bangkit: what time did you ~ up this morning?, pukul berapa kamu bangun pagi tadi?; b. rise to o’s feet, bangun, berdiri: he got up from his chair and answered the door, dia bangun dr kerusinya lalu pergi membuka pintu; c. climb, carry up, naik, memanjat; (hill etc) mendaki, menaiki: she got up the ladder slowly, dia memanjat tangga itu dgn perlahan; she was certain that her old car was still capable of ~ting up the hill, dia pasti bahawa kereta tuanya masih dapat mendaki bukit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vicissitudesn ups and downs, jatuh bangun: the ~ of life, jatuh bangun dlm kehidupan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleep ~ in, a. lie in, bangun lewat: he ~s in on Sundays, dia bangun lewat pd hari Ahad; b. live in, tinggal di rumah tuan rumah: she got a job as cook, where she ~s in, dia dapat kerja sbg tukang masak dan tinggal di rumah tuan rumah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ups and downsn jatuh bangun; (of stock market) turun naik: the ~s and downs of life, jatuh bangun dlm kehidupan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lever~ os up, /bangun, bangkit/ dgn susah: the injured man ~ed himself up by using his walking stick, lelaki yg cedera itu bangun dgn susah dgn bertumpu pd tongkatnya; ~ st up, /menuil, mengumpil, mengungkil/ sst: to ~ up the stone, menuil batu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lever~ os up, /bangun, bangkit/ dgn susah: the injured man ~ed himself up by using his walking stick, lelaki yg cedera itu bangun dgn susah dgn bertumpu pd tongkatnya; ~ st up, /menuil, mengumpil, mengungkil/ sst: to ~ up the stone, menuil batu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spring ~ to o’s feet, /bingkas, terus/ /bangun, berdiri/: they sprang to their feet, shouting, “Encore! Encore!”, mereka bingkas bangun sambil menjeritkan, “lagi! lagi!”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lie 2 ~ in, bangun lambat: she looks forward to Sundays, when she can ~ in, dia menunggu-nunggu hari minggu utk bangun lambat; ~ in so’s power, daya yg ada pd sso: she has done everything that ~s in her power to give her son a good education, dia telah melakukan segala daya yg ada padanya utk memberi anaknya pendidikan yg baik; ~ in store, nasib yg menunggu: nobody knows what ~s in store for the orphans, tdk siapa tahu apa nasib yg menunggu anak-anak yatim itu; ~ in wait, menunggu utk menyerang hendap: the drug pusher was arrested by the police who had been lying in wait, pengedar dadah itu diberkas oleh polis yg telah menunggu utk menyerang hendap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lie 2 ~ in, bangun lambat: she looks forward to Sundays, when she can ~ in, dia menunggu-nunggu hari minggu utk bangun lambat; ~ in so’s power, daya yg ada pd sso: she has done everything that ~s in her power to give her son a good education, dia telah melakukan segala daya yg ada padanya utk memberi anaknya pendidikan yg baik; ~ in store, nasib yg menunggu: nobody knows what ~s in store for the orphans, tdk siapa tahu apa nasib yg menunggu anak-anak yatim itu; ~ in wait, menunggu utk menyerang hendap: the drug pusher was arrested by the police who had been lying in wait, pengedar dadah itu diberkas oleh polis yg telah menunggu utk menyerang hendap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jumpdia bergegas bangun dr katilnya; she just had time to ~ into the taxi before it sped away, dia sempat melompat masuk sebelum teksi itu melaju pergi; he ~ed to his feet and stood at attention, dia bergegas bangun lalu berdiri tegak; 4. start, terkejut, terperanjat: the sudden report made me ~, bunyi tembakan yg tiba-tiba membuat saya terkejut; 5. move quickly (from one thing to another) melompat(-lompat): I found her lecture rather difficult to follow as she kept on ~ing from one topic to another, saya dapati agak sukar utk mengikuti kuliahnya krn dia melompat-lompat drpd satu tajuk ke tajuk lain; he has this habit of ~ing from job to job, dia suka melompat drpd satu pekerjaan ke pekerjaan ygKamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas