party wall | dinding pemisah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding yang menjadi pemisah di antara bangunan-bangunan yang bersebelahan. |
site plan | pelan tapak | Kesenian | Seni Bina | Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang akan dibina. Pelan ini mengandungi perincian yang jelas tentang tapak bangunan atau bangunan-bangunan yang ada di sekitarnya, termasuk jalan, laluan pejalan kaki dan sebagainya. |
civic centre | pusat sivik | Sosiologi | Tiada | Bahagian bandar yang menempatkan bangunan-bangunan dan kegiatan kebudayaan. |
turret | turet | Kesenian | Seni Bina | Menara kecil yang dibina secara menegak di dinding sesebuah bangunan. Ia banyak dibina di bangunan-bangunan pada Zaman Pertengahan di Eropah, seperti di istana Medieval. |
service core | teras perkhidmatan | Kesenian | Seni Bina | Ruang di dalam sesebuah bangunan yang dibina khas untuk tujuan-tujuan penting. Di bangunan-bangunan tinggi terutamanya, lazimnya terdapat ruangan yang dibina khas untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik, telefon, tandas, khidmat pelindung kebakaran, lif serta tangga dari aras bawah hinggalah ke aras bumbung. |
Elizabethan theatre | panggung zaman Elizabeth | Kesusasteraan | Tiada | Panggung zaman pemerintahan Elizabeth di England yang berbeza dari panggung zaman Yunani iaitu bangunan-bangunan panggung tersebut mempunyai dasar yang sama iaitu terdapat sebuah lapangan dikelilingi bangunan kecil yang rapat, bulat bujur sangkar dan tiga tingkat dan sebuah panggung yang luas menjolok ke dalam tanah tempat bermain yang utama, manakala penonton berada di tanah lapang atau balkoni. |
courtyard | laman dalam | Kesenian | Seni Bina | Kawasan lapang yang dikelilingi oleh tembok atau dinding dan tidak berbumbung. Kawasan ini sering ditemui di rumah-rumah tumpangan dan bangunan-bangunan awam, biasanya di ruang mesyuarat atau tempat perjumpaan utama. Kawasan ini juga lebih dikenali sebagai laman di dalam bangunan. |
acropolis | akropolis | Kesenian | Seni Bina | Negara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek. |
alley | lorong | Kesenian | Seni Bina | Lorong kecil di antara bangunan yang menghubungkan suatu bangunan ke bangunan yang lain. |
prefabricated building | bangunan prabikin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bangunan yang sebahagian besar daripada anggota strukturnya disediakan di kilang pembuat dan dibawa di tapak binaan untuk dipasangkan. Semua anggota binaan disambung dengan menggunakan kaedah sambungan tertentu. Sambungan bolt dan sambungan kimpal merupakan sebahagian daripada sistem sambungan yang diamalkan. |