Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangunan besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN WESTMINSTER

Dewan Westminster ialah bangunan yang

bersambung dengan Bangunan Parlimen di

London. Pada asalnya, ia merupakan dewan besar

di Istana Westminster tempat selama hampir

500 tahun.

UMUM 
AKUARIUM

Akuarium ialah tempat memelihara ikan dan

 haiwan air yang lain. Saiz akuarium berbeza-beza,

daripada tangki kaca kecil hingga kepada bangunan

besar yang mengandungi pameran segala jenis

dan saiz haiwan air.

UMUM 
TIANG SAMBUT

Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang

dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh

membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan

sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah

bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin

penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf

berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi

bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit,

dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau

lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 
BIG BEN

Big Ben ialah loceng besar di menara jam

Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya

12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya

2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun

1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng

ini buat pertama kali didengari di radio, dan

menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara

loceng yang terang-benderang muncul di kaca

televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall

yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya

kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota

Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena

namanya.

UMUM 
MERANTI

Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi,

besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi

bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan

batang bawahnya berbanir. Kayu meranti

digunakan untuk membuat rumah dan bangunan.

Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat

menghasilkan damar dan tengkawang.

UMUM 
OLYMPIAD

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
OLYMPIA

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE

Memorial Nasional Gunung Rushmore

ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan

granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore.

Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota

Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir

wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala

Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat

(lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala

yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya

142 meter.

UMUM 
123

Kembali ke atas