Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nir] | بانير

Definisi : akar yg keluar ke atas tanah spt papan (pd pangkal pokok beringin dll); tinggi ~ tempat berlindung prb tiap-tiap hal yg istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;berbanir mempunyai banir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.nir] | بانير

Definisi : pangkal pokok kayu yg berdinding-dinding spt yg terdapat pd pokok tualang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banir

Peribahasa

Bertiraikan banir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Meniti banir tumbuh, Mencabut selasih dulang; Kami tiada berani sungguh, Malas merebut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentum-dentam banir durian, Disepak pergi siburung kurau; Kalau untung badan berjadian, Kalau tidak menjadi gurau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dititik batang berdengur, Ditutuh banir bertala-tala; Nan datanglah kami tegur, Lintuk leher dengan kepala.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok memancang batang lurus, Batang pedada berbanir-banir; Elok memandang orang nan kurus, Tulang dadanya bagai diukir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas