Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nir] | بانير

Definisi : akar yg keluar ke atas tanah spt papan (pd pangkal pokok beringin dll); tinggi ~ tempat berlindung prb tiap-tiap hal yg istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;berbanir mempunyai banir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.nir] | بانير

Definisi : pangkal pokok kayu yg berdinding-dinding spt yg terdapat pd pokok tualang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banir

Peribahasa

Bertiraikan banir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
belia Ibalat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin.Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelaga Ibsejenis manik sebesar ibu jari diperbuat daripada tiram.Berdekatan dengan gong itu terdapat sebuah dulang yang diperbuat daripada banir pokok tapang. Dulang itu diisi dengan air untuk merendami duit syiling perak, kelam, pelaga manik, intan berlian dan emas. Dengan air itulah kepala bayi itu direnjis.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonob Kdkain sarung yang ditenun.Sangkawanh mengakhiri mandinya. Dia berlari ke arah gonobnya. Dia pasti gonob itu ditaruhnya di banir pokok yang besar. Gonob itu sudah tiada di situ.Utusan Borneo, 12 Februari 2003Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas