Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ja.ran] | بنجرن

Definisi : sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ja.ran] | بنجرن

Definisi : sesuatu yg berbanjar; deretan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah ejaan yang betul?Negara Thai. @ negara Thailand @ Thailand sahaja.CONTOH : Banjaran gunung Negara Thai. @ Banjaran gunung negara Thailand @ Banjaran gunung Thailand? Terima kasihUngkapan yang betul ialah negara Thai dan banjaran gunung negara Thai. Tatabahasa28.10.2011
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "banjaran?"Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah, sebuah banjaran. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah.Tatabahasa04.01.2014
Saya Khaireeyah Binmak Saya belajar bahasa melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna membujurMenurut data kami, maksud perkataan membujur ialah terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa membujur dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membujurMakna04.11.2015
Sering digunakan kata ganda bagi gunung ialah gunung-ganang. Bagaimana pula dengan gunung-gemunung (imbuhan sisipan) atau gunung-gunung? Adakah ia boleh diterima?Gunung-gemunung boleh digunakan kerana ia membawa maksud banjaran gunung atau gunung yang banyak jumlahnya atau pelbagai.Istilah26.06.2015
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018
Saya ingin tanya, patutkah nama-nama negara yang tidak mengikut ejaan fonetik bahasa melayu (seperti Scotland/Ireland/Côte d'Ivoire) dieja mengikut ejaan fonetik bahasa Melayu/diterjemah ke maksud sama dalam bahasa Melayu sepertimana Melaka dieja Malacca dalam bahasa Inggeris? Contohnya, Scotland -> Skotland/Tanah Skot (bhs Indonesia: Skotlandia, bhs Gaelik: Alba), Côte d'Ivoire -> Kot Divwar/Pantai Gading (bhs Inggeris: Ivory Coast, bhs Indonesia: Pantai Gading)
Nama negara di luar Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan (penyesuaian ejaan) jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama negara dan ibu negara yang telah biasa dikenali dengan nama dalam bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Istilah-istilah umum/rupa bumi/istilah khas yang  berkaitan dengan penamaan geografi  hendaklah diterjemahkan sesuai dengan konteksnya ke dalam bahasa Melayu. Contohnya Nile Valley diterjemahkan sebagai Lembah Nil, Andes Ranges sebagai Banjaran Andes dan sebagainya.


Penyemakan dan penterjemahan24.11.2020

Kembali ke atas