Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ja.ran] | بنجرن

Definisi : sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ja.ran] | بنجرن

Definisi : sesuatu yg berbanjar; deretan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANJARAN TITIWANGSA

Banjaran Titiwangsa, banjaran besar yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SLIEVE BLOOM

Slieve Bloom ialah banjaran pergunungan di

Ireland. Banjaran ini terletak di barat laut provinsi

Leinster. Sempadan daerah Laois dan Offaly

terletak di sepanjang rabung pergunungan ini.

Slieve Bloom terdiri terutamanya daripada batu

pasir Old Red. Puncak tertinggi, Arderin, terletak

528 meter di atas aras laut.

UMUM 
BANJARAN

Banjaran ialah deretan tanah tinggi yang panjang dan melebihi 600 km tinggi dari kakinya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SIERRA MADRESierra Madre, nama bagi tiga banjaran gunung di Mexico.
Banjaran gunung ini ialah Sierra Madre
UMUMKonsep
DRAKENSBERG

Drakensberg merupakan banjaran gunung

yang paling penting di Afrika Selatan. Panjang

banjaran ini lebih daripada 1000 km.

UMUM 
APENNINES

Apennines adalah nama banjaran gunung yang

menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki

negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.

Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu

Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines

selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada

semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara

bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah

haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.

Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914

meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak

paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di

Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri

daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang

terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal

kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.

Lihat juga Vesuvius.

UMUM 
GUNUNG TAHAN

GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TIAN SHAN

Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran

gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh

2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan

Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut

China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia

merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di

utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter

di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi.

Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke

Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan

memasuki China. Sistem pergunungan ini

mempunyai beberapa glasier yang terbesar di

dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas

banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta

rupa bumi).

UMUM 
PERGUNUNGAN ALPSistem banjaran gunung terbesar di Eropah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERGUNUNGAN MOURNE

Pergunungan Mourne ialah banjaran gunung

yang cantik di bahagian selatan Down, Ireland

Utara.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas