Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1 air yg terlalu banyak sehingga melimpah; air bah: Banyak tanaman yg rosak kerana dilanda ~. 2 berair banyak hingga melimpah: Sungai itu ~. 3 ki terlalu banyak; berlimpah-limpah. membanjir ki menjadi spt banjir. membanjiri 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. kebanjiran 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjir


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ampoh[Am.poh]kata adjektifberkenaan sesuatu yang ditenggelami air terutama ketika banjir.Abeh ampoh doh kebo Pak Mat keno boh.[A.beh Am.poh dh k«.b pA/ mA/ k«.n bh]Habis tenggelam kerbau Pak Mat kena banjir.
   2. lumpur yang melekat pada sesuatu selepas banjir surut.Penat koi cuci lolok di dindeng rumah.[p«.nAt kj tSu.tSi l.l/ di din.deN Äu.mAh]Penat saya membersihkan lolok pada dinding rumah.
senggeng II[sEN.gEN]kata adjektifberkenaan perahu yang senget.Senggeng perahu tu lepah boh.[sEN.gEN p«.ÄA.hu tu l«.pAC bh]Senget perahu itu selepas dilanda banjir.
rebak[Ä«.bA/]kata adjektifberkenaan tanah, tebing sungai yang runtuh.Musem pejo, tebeng tinggi sokmo rebak.[mu.sem p«.dZ t«.beN tiN.gi s/.m Ä«.bA/]Musim banjir, tebing tinggi sering runtuh.
tesepa[t«.s«.pA)]kata adjektifberkenaan keletihan yang amat sangat.Tesepa koi ngemah lepaih banje.[t«.s«.pA) kj N«.mA)h l«.pAC bAn.dZe]Rasa keletihan yang amat sangat selepas mengemas sesudah banjir.
begelubi[b«.g«.lu.bi]kata adjektifberkenaan jalan raya, papan dan lain-lain yang tidak rata.Jalan tu begelubi lepaih boh.[dZA.lAn tu b«.g«.lu.bi l«.pAC bh]Jalan itu menjadi tidak rata selepas dilanda banjir.

Kembali ke atas