Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1 air yg terlalu banyak sehingga melimpah; air bah: Banyak tanaman yg rosak kerana dilanda ~. 2 berair banyak hingga melimpah: Sungai itu ~. 3 ki terlalu banyak; berlimpah-limpah. membanjir ki menjadi spt banjir. membanjiri 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. kebanjiran 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANJIR

Banjir, keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan. Banjir sering dikaitkan dengan bencana yang menimbulkan kerosakan, apabila harta benda ditenggelami air.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BANJIR BESAR

Banjir besar, banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. yang menenggelamkan permukaan bumi sehingga menjadi lautan besar.

AGAMAFenomena
DATARAN BANJIR

Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ARK

Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk

kepada bahtera yang melindungi Noah dan

keluarganya semasa Banjir Besar yang

diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan

itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses

disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah

almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab

pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark

berasal daripada perkataan Latin arca , yang

bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark

bermakna peti atau bakul tertutup untuk

menyimpan barang berharga. Di Amerika

Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang

besar yang digunakan semasa peluasan negara.

Lihat juga Ark of the Covenant.

UMUM 
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM 
SUNGAI PO

Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali.

Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di

Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira

652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir

semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada

Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan

Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini

adalah deras di bahagian atas tetapi beransur

perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering

menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M.,

kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha

untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar

meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke

semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi

aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
HUTAN TENGGELAM

Hutan tenggelam, hutan yang terdapat di dataran banjir, kuala atau pinggir pantai yang mengalami penenggelaman secara semua jadi ataupun disebabkan oleh tindakan manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TASIK LADAM

Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan

yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari

sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk

apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang

lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan

longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung

lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini

akhirnya memisahkannya daripada sungai utama.

Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin

dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan

tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap.

UMUM 
SURAH SABA'

Surah Saba’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Sabakerana Allah S.W.T.

ada menyebut dalam al-Qur’an cerita negeri Saba’,

iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di

negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan

kemewahan, kegembiraan dan ketenangan.

Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun

dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat

yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan

dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran

kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

UMUM 
12

Kembali ke atas