Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1 air yg terlalu banyak sehingga melimpah; air bah: Banyak tanaman yg rosak kerana dilanda ~. 2 berair banyak hingga melimpah: Sungai itu ~. 3 ki terlalu banyak; berlimpah-limpah. membanjir ki menjadi spt banjir. membanjiri 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. kebanjiran 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flood marksbekas banjir; jejak banjirGeografiTiadaTiada
flood, design see also flood, maximum probablebanjir rekabentuk lihat juga banjir maksimum barangkaliHidrologiTiadaHidrograf banjir atau luahan puncak seketika yang digunakan untuk merekabentuk binaan hidraulik atau kawalan sungai dengan mengambil kira faktor ekonomi dan hidrologi.
diluvialdiluviumGeologiTiada1. Berhubung dengan, dihasilkan oleh, atau menyerupai banjir, terutamanya banjir Noachia.,2. Berhubung dengan diluvium.
flood, standard project see also flood, maximum probable; flood, maximum possiblebanjir unjur piawai lihat juga banjir maksimum barangkali; banjir maksimum mungkinHidrologiTiadaLuahan yang mungkin dijangka dari gabungan yang paling hebat antara keadaan meteorologi dan hidrologi, yang dianggap munasabah sebagai ciri kawasan yang terlibat, tidak termasuk gabungan yang sangat jarang berlaku.
floodwaypengelak banjirHidrologiTiadaAlur yang dibina untuk menyalirkan air banjir lebihan (melebihi jumlah yang dapat disalurkan dengan selamat oleh sungai itu). Pengelak banjir kadangkala disebut juga sebagai alur pelega banjir atau alur pintas.
flood-control worksbinaan kawalan-banjirHidrologiTiadaPermatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM)
flash floodbanjir kilatBiologiEkologiBanjir yang terjadi dalam jangka masa yang pendek, dan secara relatifnya menpunyai puncak luahan yang tinggi. Banjir seperti ini sering terjadi di kawasan yang pembangunan dibuat tanpa perancangan dan penelitian yang sempurna.
spillway design floodbanjir reka pelimpahHidrologiTiada(1) Banjir yang digunakan untuk mereka suatu pelimpah empangan. (2) Aliran banjir maksimum yang dapat dilalukan tanpa merosak atau benar-benar mengancam kestabilan binaan kejuruteraan. (GHM).
flood proofingpengalisan banjirHidrologiTiadaTeknik untuk mencegah kerosakan banjir kepada binaan dan isi bangunan di kawasan bencana banjir.
flood frequencykekerapan banjirSainsHidrometeorologi1. Kemungkinan berlakunya banjir melebihi tahap dan luahan tertentu selama sebilangan tahun tertentu. 2. Lihat kebarangkalian banjir.
12345678910...

Kembali ke atas