Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bangk] | بڠک

Definisi : 1. institusi yg menawarkan perkhidmatan kewangan spt jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran: menyimpan wang di sebuah ~ tempatan; 2. bekalan, simpanan atau rizab utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ data; ~ mata; ~ darah; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan; ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb; ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data; B~ Dunia = B~ Antarabangsa utk Pemulihan dan Pembangunan bank yg menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kpd negara anggota (utk pemulihan dan pembangunan ekonomi); ~ eksport-import bank yg memberi atau menjamin pinjaman utk perdagangan antara negeri sendiri dgn negeri-negeri lain; ~ Islam bank yg urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam; ~ jurubank bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; ~ kerajaan bank yg menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat; ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa; ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tersebut; ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan, mis bank luar pesisir di Labuan; ~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban utk tujuan pemindahan kornea mata; ~ negara = ~ pusat bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; ~ pembangunan bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; ~ perdagangan bank yg menyimpan wang orang ramai dll serta memberi pinjaman dgn mengenakan bayaran faedah; ~ pertanian bank yg ditubuhkan khusus utk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan utk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian; ~ saudagar bank yg memberi perkhidmatan (spt memberi pinjaman dsb) kpd badan dan perniagaan sahaja; ~ simpanan bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; perbankan aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bangk] | بڠک

Definisi : 1 tempat mengurus hal-hal kewangan dan tempat menyimpan barang-barang berharga spt barang-barang kemas, surat-surat penting dll. 2 (tempat menyimpan) bekalan sesuatu utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ mata; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain (selain negara asal tempat bank tsb ditubuhkan). ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb. ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data komputer dan boleh dicapai oleh pengguna. ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa. ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli, yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tsb. ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan. perbankan aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bank


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bankingn 1. business of a bank, urusan bank: ~ system, sistem urusan bank; ~ hours, waktu urusan bank; 2. management of a bank, pengurusan bank: ~ as a career, pengurusan bank sbg kerjaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bank1n 1. (financial establishment) bank: ~ clerk, kerani bank; ~ guarantee, jaminan bank; ~ loan, pinjaman (dr) bank; ~ draft, draf bank; 2. container for keeping money, tabung; 3. store, supply or reserve, a. (of blood) tabung, bank; b. (of data) bank;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bank balancen 1. (of depositor of a bank) baki (wang) di bank; 2. (of bank) baki bank.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
size 1 that’s about the ~ of it, kira-kira begitulah keadaannya: the banks will not give us any more loans and that’s about the ~ of it, bank-bank tdk akan memberi kami pinjaman lagi, kira-kira begitulah keadaannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shaveI managed to get to the bank before three o’clock, but it was a close ~, saya sempat sampai di bank sebelum pukul tiga, bank hampir-hampir hendak tutup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cash~ at bank, tunai di bank; ~ down, pembayaran tunai; ~ payment, bayaran tunai; ~ price, harga tunai; ~ sale, jualan tunai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
robbern perompak: a bank ~, perompak bank.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bank1vt menyimpan [sst] di bank: he usually ~s his salary, biasanya dia menyimpan wang gajinya di bank;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bank-billn 1. bill of exchange drawn by one bank on another, bil bank; 2. see BANKNOTE (sense 1).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
securethe bank demanded that he ~ the loan by lodging the title deed with them, bank itu menuntut supaya dia menyediakan cagaran bagi pinjaman itu dgn menyerahkan surat ikatan hak milik kpd pihak bank.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas