Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg penghias); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1 kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam. berbantal mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. berbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal: Pengembara itu tidur ~ lengan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : ukuran jumlah atau banyaknya benang (1 bantal = 16 tukal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantal

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pillow n bantal: he put his watch under his ~, dia meletakkan jam tangannya di bawah bantal; he used his saddle as a ~, dia menggunakan pelana sbg bantal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smother Othello ~ed Desdemona with a pillow, Othello membunuh Desdemona dgn menekapkan bantal ke mukanya; all his victims were ~ed to death (with a pillow) semua mangsanya mati akibat muka mereka ditekap dgn bantal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolstervt also ~ up, 1. support with a pillow, menyandarkan [sso] pd bantal: the patient sat ~ed up in his bed, pesakit itu duduk di katilnya tersandar pd bantal; 2. (fig.), (support) menyokong, menunjang; (strengthen) memperkuat, memperkukuh: the new evidence ~ed his argument, bukti-bukti yg baru itu memperkuat hujahnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedspreadn tutup tilam bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pillow fight n lawan pukul bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bag~ and baggage, dgn tikar bantal, dgn segala barang yg dimiliki(nya); a ~ of bones, (/orang yg, binatang yg/) kurus kering; a /~, bundle/ of nerves, (orang yg) berdarah gemuruh; an old ~, (sl), (derog), (perempuan) tua kerepot; in the ~, (colloq) sudah ada dlm tangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pillowcase n also pillowslip sarung bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterpanen (old-fashioned) tutup tilam bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pack1~ up, (colloq) a. put belongings in suitcase etc in order to leave, mengemas beg; b. give up or abandon, gulung tikar bantal: Business is bad. Let’s ~ up, Perniagaan teruk. Gulung tikar bantal sajalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolstern 1. long narrow pillow, bantal /peluk, golek, guling/; 2. (archit) junjung tiang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas