Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg penghias); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1 kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam. berbantal mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. berbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal: Pengembara itu tidur ~ lengan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : ukuran jumlah atau banyaknya benang (1 bantal = 16 tukal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantal

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bolsterbantal pelukPentadbiran PerniagaanTiadaBantal peluk: Bantal atau kusyen yang panjang untuk menyokong kepala ketika berbaring di atas katil dan selalunya diletak melintang katil dan biasanya di bawah cadar.
pillow structurestruktur bantalGeologiTiada1. Struktur berbentuk bantal yang dapat dilihat pada sesetengah lava terobosan dan dianggap sebagai hasil pembekuan lava di dalam air.,2. Struktur endapan primer yang menyamai saiz dan bentuk sebuah bantal.
throw pillowbantal serakKesenianTiadaBantal daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat.
pillow lavalava bantalGeografiTiadaLava yang dicirikan oleh struktur bantal dan diandaikan terbentuk dalam persekitaran subakua.
pillow lavalava bantalGeologiTiadaLava yang dicirikan oleh struktur bantal dan diandaikan terbentuk dalam persekitaran subakua.
pillow casesarung bantalPentadbiran PerniagaanTiadaSarung biasanya daripada kain kapas yang boleh ditanggalkan untuk menyarung bantal.
snow pillowbantal saljiHidrologiTiadaPeranti yang diisi penuh dengan larutan antibeku serta dipasang padanya suatu manometer yang menunjukkan kesetaraan air litupan salji.
pillow basaltbasalt bantalGeografiTiadaTiada
bolster coversarung bantal pelukSosiologiTiadaTiada
loaf breadroti bantalPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas