Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in? | Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan. | Lain-lain | 06.06.2013 |
Iklan banting untuk berbuka puasa | Tukar "or email" kepada atau e-mel . Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.05.2014 |
Tolong menyemak banting ini. | Pembetulan: 1. Lelaki dan Wanita 2. Senior Moulding Executive - Eksekutif Pengacuan Kanan 3. Negeri Sembilan DK, Selangor DE 4. Tel. (mesti ada titik), Faks 5. Printed by - Dicetak oleh 6. Managed by - Diuruskan oleh Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
Susunan Perkataan untuk banting manakah yang paling sesuai? Dua majlis ini dilangsungkan secara berasingan, majlis khatam Al-Quran dahulu dan hari lain barulah Majlis Apresiasi Kecemerlangan, tetapi menggunakan satu Banting yang sama 1. Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2. Majlis Apresiasi Khatam Al-Quran dan Kecemerlangan 3. Majlis Khatam Al-Quran dan Apresiasi Kecemerlangan Nombor berapakah yang paling sesuai? | Kami mencadangkan susunan ayat yang ketiga, namun pihak tuan perlu memasukkan tarikh yang jelas untuk program tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pembaca. | Lain-lain | 11.01.2024 |
Assalamualaikum Tuan, Bagaimana saya ingin membuat permohonan pengesahan bahasa untuk pengiklanan banting bagi expo yang akan diadakan kelak di Johor Bahru? Di sini saya lampirkan banting tersebut. | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 24.07.2017 |
Selamat pagi tuan, Saya memohon maklum balas pihak tuan atas penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang akan digunakan pada "Banting" yang akan dipasang di bawah kawasan Majlis Perbandaran Nilai. Pihak Majlis meminta surat pengesahan dari pihak tuan atas penggunaan Bahasa Inggeris bagi permohonan pemasangan "Banting" ini. Diharap pihak tuan dapat membantu mempermudah urusan pihak kami dalam mendapatkan surat pengesahan. Segala kerjasama pihak tuan berikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan iklandalam bahasa inggeris. Sila terjemah kepada bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa dan hantar semula iklan tersebut melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP). | Lain-lain | 19.11.2014 |
Dellan Kong JUM 10.01 PTG Selamat petang, nak tanya tentang pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan. Saya sedang mendaftar lesen banting dan saya perlu kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah saya perlu pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat kebenaran sebelum saya boleh mendaftar banting saya? Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan secara dalam talian (online) melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 19.05.2017 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
mohon kelulusan ejaan banting dan banner | Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapatkan sijil kelulusan. | Lain-lain | 08.02.2013 |
Syarikat kami ingin membuat banting iklan pekerjaan, besar harapan kami pihak tuan dapat menyemak dan memberi kelulusan. Keterangan iklan adalah seperti dilampiran. Sekian, terima kasih. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut: 1. Sdn. Bhd. (titik untuk singkatan) 2. Jika berminat, (tambah tanda koma) 3. Tukarkan Guardhouse kepada Pondok Pengawal. 4. mereka tukar kepada Pengawal Keselamatan. 5. Sebarang pertanyaan, hubungi XXXX 6. Letak noktah pada setiap hujung ayat. | Lain-lain | 11.10.2021 |