Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : ; mercun ~ mercun yg berbunyi kalau dihempaskan ke tanah;membanting 1. menghempas: ombak ~; 2. = membantingkan menghempaskan (sesuatu): ia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya; 3. menjadikan bergoyang (bergoncang); ~ cucian memukulkan cucian; ~ harga Id menurunkan harga; ~ padi memukulkan batang-batang padi pd dinding kepuk supaya padi itu terpisah dr batangnya dan terkumpul di dlm kepuk; ~ setir Id memutar stering (motokar); ~ tulang bekerja keras (mati-matian);membanting-banting menggoyang-goyang, mengayun-ayun: ~ kaki seraya berpantun;terbanting ki tercampak ke bawah, terhempas: suaranya telah bergema ke hutan-hutan bakau dan ~ di tebing-tebing sungai;bantingan hempasan, goncangan; pembantingan perihal membanting;pembanting (orang, alat dsb) yg membanting: mesin ~ padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : sj lembu hutan, seladang, Bos banteng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : sj perahu Acheh yg bertiang dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : ; membanting 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banting

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
biring Ibayam jantan berbulu merah kekuningan.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rikut-rikut Ibbunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempidan Ibsejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas