Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan

Peribahasa

Minta darah pada daing.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTMKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan03.04.2018
Bantuan Untuk terjemahaan untuk Consumable cooldown: 10 sMohon tuan/puan memberikan penggunaan consumable cooldown: 10s  dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan set to supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2017
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh_____________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencanabanjir itu. A. setiap B. sebahagian c. seluruh D. semua - adakah jawapan BJawapan yang betul ialah B. sebahagianTatabahasa08.09.2015
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake roomPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya

2. dockmaster office - pejabat ketua dok

3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka

4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong

5. fresh air intake room
- bilik ambilan udara segar
Istilah20.05.2013
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. Bahasa Inggeris 1. Security Room 2. Vegetable / Fruit Preparation 3. Servery / Kitchen 4. General Preparation 5. Meat Preparation 6. Food Production Room 7. Bakery 8. HousekeepingBersama-sama ini disertakan bahan yang telah disemak.Istilah23.03.2013
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. - Rain Haversting Storage Tank Water & Domestic Storage TankUntuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "Rain Harvesting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk storage tank, iaitu tangki simpanan atau tangki penyimpan. Terjemahan yang dicadangkan ialah Tangki Simpanan Air Hujan dan Tangki Simpanan Domestik.Istilah11.03.2013
bantuan semakan bagi pepatah, betul atau salah spr dibawah: PERIBAHASA ADA BERKATA, DI DALAM DUNIA HAIWAN TIDAK ADA MANUSIA. betul ke salah bagi ayat peribahasa, atau boleh guna kata-kata lain. terima kasih.

Peribahasa ini tiada dalam rujukan kami.

Tatabahasa21.04.2010
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokongPenyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya).Makna06.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas