Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan

Peribahasa

Minta darah pada daing.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berulas tangan dan lidah.Mendapat bantuan tenaga dan nasihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta darah pada daing.Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta darah pada dabung.Minta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta dedak kepada orang mengubik.Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai geluk tinggal di air.Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam.Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam berinduk, sirih berjunjung.Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang.Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas