Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan

Peribahasa

Minta darah pada daing.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aidbantuanSains PolitikHubungan AntarabangsaPemindahan barangan modal dan perkhidmatan antara negara dalam hubungan antarabangsa biasanya dalam bentuk konsesi. Bantuan meliputi geran dan pinjaman sama ada antara dua hala atau pelbagai hala, kerajaan dengan kerajaan atau dengan pihak swasta. Terdapat bantuan yang diberikan tanpa sebarang ikatan balas oleh pihak penderma. Terdapat juga bantuan yang diberikan tertakluk kepada peraturan yang telah ditentukan oleh pemberi bantuan. Bantuan antarabangsa biasanya dilakukan atas prinsip kemanusiaan atau pembangunan. Contoh bantuan antarabangsa ialah Rancangan Marshal bagi program pembangunan semula Eropah selepas perang.
grant-in-aidgeran bantuan; pemberian bantuanPentadbiranTiadaTiada
grant-in-aidgeran bantuan; pemberian bantuanSains PolitikTiadaTiada
foreign aidbantuan asingEkonomiTiadaBantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima.
online helpbantuan dalam talianTeknologi MaklumatTiadaBantuan yang diperoleh dengan merujuk manual, pertanyaan melalui telefon ataupun rujukan menerusi Internet. Bantuan yang diperoleh melalui internet mungkin dalam bentuk rujukan manual elektronik, FAQ, soal jawab interaktif, e-mel dan lain-lain. Bantuan ini amat diperlukan oleh pengguna yang menghadapi masalah menggunakan komputer, peranti komputer, dan perisian. Contoh laman www.dbp.gov.my yang menyediakan bantuan dalam talian berkaitan ejaan.
unemployment benefitbantuan penangguranEkonomiTiadaBantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran.
activities of daily livingakitiviti hidup harianGerontologiTiadaKeupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti kehidupan harian dan pengekalan kesihatannya. Contohnya, menguruskan diri tanpa bantuan, dengan sedikit bantuan atau bergantung sepenuhnya pada bantuan orang lain.
help-seeking behaviourtingkah laku cari bantuanPsikologiTiadaSebarang tindakan mencari bantuan daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan atau daripada individu yang dipercayai dalam kalangan masyarakat yang melibatkan bantuan dari segi pemahaman, bimbingan, rawatan dan sokongan umum ketika berhadapan dengan masalah tertentu atau berada dalam keadaan yang tertekan.
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRAPentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Tabung Kanak- Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Sinonim UNRRA.
advanced cardiac life support (ACLS)bantuan hayat jantung lanjutan (ACLS)PerubatanTiadaProsedur rawatan yang merupakan lanjutan daripada bantuan hayat asas. Teknik ini melibatkan penggunaan drip intravena, intubasi salur pernafasan, ubat-ubatan dan alat defibrilasi jantung. Lihat juga bantuan hayat asas
12345678910...

Kembali ke atas